Tuesday, 11 December 2012

MR.R

Hello korang semua yang kaw kaw gojes nyer dan

Assalamualaikum


Korang korang semua pernah admire tak pada seseorang . Yeahh , aku pernah even sekarang pon aku admire dia bagai nak mampus . Well, korang pernah tak baca novel Kampung Girl . Cerita dalam novel tuh macam kena jer dengan aku tau. Dan 100% aku teramat suka membacanya .

MR.R ialah seorang lelaki yang aku kenal sejak aku belajar mengaji , means sejak aku kecil lagi . Kami satu sekolah . MR.R merupakan senior aku dan always protect aku kalau ada sesapa yang tegar nak buli aku sebab waktu kecik dulu aku agak manja dan cengeng. Aku selalu mention pasal MR.R dekat ex2 aku . MR.R kira first love aku jugak lah.

Well, the first time jugak lah bagi aku nak announce yang aku suka MR.R . Dulu aku loving dengan mana mana guy aku tak dalah sampai mention habis . Tapi dengan MR.R aku selalu admire dia . Kalau tak percaya, tengok lah twitter aku . semua nama MR.R.

Tapi aku tak pernah contact dengan dia, aku segan , aku malu lah . Tak tahu dia masih sayang kat aku or tak . Tapi raya baru ni MR.R dan famili datang beraya kat rumah aku . Alangkah indahnya kalau famili MR.R datang merisik aku . Konpem aku setuju punya lah .So, MR.R andai anda terbaca post ini marilah merisik saya dengan kadar segera .

Famili aku dengan famili MR.R kira macam kawan baik lah . Aku kalau diberi peluang nak membahagiakan kedua ibu bapa aku . Since aku dah pernah memalukan famili aku dengan peragai aku yang kebudak budakan . Yelah, siapa akan setuju kan kalau kita akan dikahwinkan dengan seseorang bukan pilihan hati kita. Dat y aku tolak jer . Lagipun aku sayangkan MR.S sebagai seorang abang sahaja .

Kawan baik aku pernah tanya asal aku suka sangat dengan MR.R . Yelah, aku tak pernah on call dengan MR.R . Macam aku yang terhegeh hegeh dengan MR.R sedangkan ada ramai guy dekat luar . Jawapam aku: Ekceli, sampai saat ini aku masih tak dapat lupakan MR.H . Aku berusaha untuk lupakan dia , tapi aku selalu teringat kat dia . Sebab tuh aku tak dapat terima mana mana lelaki . Oleh itu, aku yang kena mencari cari lelaki yang susah didekati macam MR.R . Aku hanya mampu rindu dia tapi aku tak mampu nak cakap depan depan dengan dia . Secara otomatik aku akan pengsan .

Aku suka MR.R sebab dia:

# Lelaki yang mahal , dia bukan jenis yang terhegeh dengan mana mana pompuan kecuali pompuan yang terhegeh dekat dia macam aku.
# Memiliki ego yang tinggi .
# Tinggi dari aku , aroung 160 something, even dia tak setinggi Choi MinHo 187cm
# Dia suka sport macam aku . Dia terer main bola sepak macam aku terer main netball. Kah kah
# Famili dia and famili aku kawan baik . So, baik punya planning lah
# Bersama dia boleh membuatkan aku tersenyum and famili kami happy ever ending.
# Dia insan pertama yang ajar aku rindu . Since umur 11 tahun
# MR.R selalu protect aku.
# MR.R propose aku jadi wife dia no.4.
# ...............................


Drama:

(Atas motor , aku 11 tahun. MR.R 12 tahun)

MR.R : weyh, nanti besar mu kawin lah dengan aku . Jadi bini nombor empat
Aku    : mende gop , tak kuasa aku nak kawen dengan mu . Tapi asal aku kena jadi bini nombor      empat mu .
MR.R : sebab ikut sunnah Nabi, kawen 4 . tapi kalau kawen satu, akan ada dua dan akan ada tiga . Tapi kalau dah empat dah tak boleh tambah dah . So, jadilah yang terakhir untuk aku . Jadi bini nombor empat aku . Tak ada satu dua tiga tapi terus empat .






Thursday, 29 November 2012

istanbul aku datang

Hello peepsss ...

Assalamualaikum beby <3


Dah lama giler gua tak update blog kan .. why??? sebab sejak guna henpon yang canggih boleh online by mobile ni . Gua dah semakin meninggalkan laptop . Terlalu addicted mungkin dengan henpon yang tak dalah secanggih mana. Sehinggakan laptop kesayangan gua dijangkiti sejenis virus yang kurang dikenal pasti . Cepat cepat gua hantar dekat member gua untuk difomat . Yeayyy !!!! . laptop dah sihat ...

Alkisahnya semalam gua ponteng kelas . Alohhhh , kelas pertama biasa lecturer tak ajr sangat kan kan kan . So, pergilah gua bersama kawan gua ke The Mines semata nak tengok Istanbul Aku Datang . Satu information gua nak bagitahu *tengok lah wayang hari Rabu , harga nyer murah*

Gua tahu kalian semua pasti dah tengok kan cerita Istanbul Aku Datang . Well , gua suka sangat cerita dia sebab ada Lisa Surihani . Beliau comel kan kan kan . Sebab beliau pelat R . 

I fell it just sexy lah lah :)

Pengajaran yang gua dapat daripada cerita Istanbul Aku Datang ialah :

# Tak usah lah bercinta terlalu lama , sebab kadang kadang jodoh kita bukan dengan orang yang dah bertahun kita kenal . Perhaps jodoh kita dengan orang yang kita kenal baru seminggu dua . Macam jodoh Dian (Lisa Surihani) bukan dengan Azad (Tomok) tapi dengan Harris (Beto) . So, kepada pasangan yang bercinta dah boleh kawin kot sekarang .

# Perempuan kenalah berdikari so kita dapat tunjuk kepada lelaki yang kita serba boleh . Well, lelaki zaman sekarang kan suka pompuan yang boleh stand sendirir , jangan too much nak bergantung kepada diaorang . And maybe dorang jugak akan berasa rimas dan mula cari pompuan lain . Dasar laki , nak lebih jer dari satu kan kan kan kan

# Lelaki ploishh lah setia pada yang satu . Mentangmentang lah dah jauh dari pasangan mula lah nak cari orang lain . Aku tampoo kang satgi . Hahahahahaha . Well , kita memang lah jangan terlalu percaya pada pasangan kita sebab bila mereka memperbodohkan kita, kita still able nak berdiri lagi .Tapi pesanan ni bukan lah untuk lakilaki sahaja . U too gilrs .

# Second chance . Hurmmm , bnda ni depends pada korang . Samaada nak bagi second chance pada pasangan korang atau tak . Bagi gua , gua akan bagi second chance pada pasangan gua kalau gua tak ada penganti dalam masa yang terdekat tapi kalau dah ada penganti , jangan harap gua nak bagi second chance lah . Why ??? hai boys , korang patut tahu and sematkan kat otak korang yang pompuan sangat lah baik but sometimes mereka lebih jahat daripada korang . Hati pompuan ini macam lah ais, bila korang pujuk kami akan okeh . Lebih lagi bila yang pujuk tuh korang yang kami sayang . Hahahahahaha  *maybe its just depends pada sesetengah orang lah .

Ini jer lah kot pengajaran yang gua dapat dari Istanbul Aku Datang . Laki kena tahu 

 "pompuan bukan nak yang hensem tapi as long as korang boleh protect kami , its enough for us"


Okeh . ini sahaja untuk hari ini . Sedang tak sabar nak tengok korean drama pulak . Addicted dengan Choi Minho .




To student kuis : sesapa yang rasa ada masalah laptop, dialu alukan untuk inbox gua . Harga serendah RM 30 untuk format


Friday, 26 October 2012

hari raya aidiladha

Assalamuikum semua..

Firstly, gua nak cakap SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA okeh .
korang dah sembelih kerbau , lembu , unta maybe..
untuk tahun ini , family gua xda buat sebarang sembelihan di Malaysia . cuma sedikit sembelihan di negara yang kurang berkemampuan . ohh peepss , satu berita hepy yang gua nak sharekan untuk korang . 

" mak cik sedara belah mak aku dah peluk islam , hurmm malam raya "
mak cik aku dah masuk islam . heee . seyes aku sangat lah sangat hepy , sebb selama ini aku pkiaq aku dah xda makcik selain belah ayah aku" . 

So, maybe family mak cik aku akan datang Malaysia untuk register masuk islam kat sini . 

Secondly, gua nak cakap gua sangat lah tidak sabar untuk jumpa makcik gua yang baru jer peluk islam malam tadi , gua tak sabar nak jumpa sepupu pompuan gua . mak gua cakap sepupu pompuan gua cantik dan comel . tinggi dari gua lagi , jeles sangatsangat tau!!!


  
dan secara otomatik harga lembu naik mendadak . rasa nak bela lembu banyakbanyak pulak . :p

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA & SELAMAT MENYEMBELIH KORBANAN .

Friday, 10 August 2012

mood : midterm mesia ekonomi



Assalamualaikum dan selamat petang 



Yeah, memang dah lama sangat sangat aku tak update belog kan kan . Alasan . M.A.L.A.S . ohh you know wat is malas . M.A.L.A.S . semua orang akan pernah rasa nak malas . rasa malas nak makan pun ada ..

 Yup yup . perkara tuh pernah terjadi pada aku bila aku rasa malas nak makan .

 Alasan : nak tengok korea dan korea .

Seperti sekarang jugak aku sangat lah M.A.L.A.S nak update belog walaupun dulu aku bagai nak rak habiskan masa bersengkang mata depan laptop . heeee . 

 tapi disebabkan komitmen aku sebagai pelajar yang terlalu berdedikasi menghalang aku untuk bersengkang mata terlalu lama . 

sekarang jugak aku seperti terasa malas nak setadi . padahal esok aku akan menghadapi midterm MALAYSIA ECONOMY . satu subjek yang cukup disaster bagi aku . 

Alasan : aku hanya minat kira kira sahaja . bacabaca hafalhafal aku tak minat
 *dengan penuh muka keriakan tahap setan . hahahahahhahah


kalau lah sesiapa bertanyakan aku . apa yang kau nak dalam hidup aku . 


Aku akan jawab , "aku nak jadi budak pandai tapi aku tak nak belajar" . 


Well aku tahu korang mesti nak maki hamun and cakap aku kerek kan kan kan .

Tapi itulah yang terjadi pada aku . tapi aku setadi jugak . itu hanyalah impian aku , aku teringin sangat sangat bila nak exam jer , aku bercuti bagai nak rak , balik bercuti terus amik exam . tapi , aku memang bukan seorang pelajar yang pandai . even dapat dekan pon tiap tiap sem aku tetap merasakan diri aku jahil . 


Alasan: aku tetap kena hadap buku tiap kali nak exam , aku tak dapat nak bersosial tiap kali nak exam . sekiranya benda itu berlkau pada aku iaitu dapat bersosial , aku akan gembira , dan aku merasakan aku pandai dan boleh jadi perdana menteri . hua hua hua


Tapi sejauh mana pon aku menyimpan anganangan dan impian tersebut aku masih tak dapat nak menjadikan ianya satu realiti . 


Alasan : cuba bayangkan aku bersosial tiap kali nak exam , opkoss lah beby , aku kena repeat sahaja . 


Kekadang jugak , aku rasa yang teramat down bila melihat kawankawan aku setadi bagai nak rak , tapi aku boleh bersenang lenang tengok korea, baring baring atas katil . sebenarnya aku cuak jugak , tapi disebabkan mood M.A.L.A.S dah lama menghantui hidup dan bayangbayang , aku tetap membajet cool tak payah setadi . yeahhh , aku turut mengaku yang aku akan membajetkan aku cool bila nak tidur atau tengok korea aku akan pegang buku and macam macam notes . hehehee . setail kan hidup aku 

* itu adalah cara untuk menenagkan hati yang gusar tahap setan .



Oleh itu , wahai encik M.A.L.A.S nyah lah engkau dari hidupku ,

 Alasan : aku nak setadi nak dapat dekan lagi , nak dapat 4 flat , tak nak bayar hutang PTPTN kalau aku dapat CGPA pangkat satu . 


Ya Allah, engkau permudahkan urusan hambaMu ini sama ada di dunia dan akhirat . Permudahkan urusan ku dalam menjawab soalan soalan tersebut . Aminn .



Gadis dan pria 

Friday, 13 July 2012

bersosial dan bersosial

Assalamualaikum

Morning semua . walaupun dah nak masuk tengahhari . opsss , kantoi bangon pagi lambat hari ini . heee . tapi tak pa . xda kelas pon , at the same time kira macam hujung minggu jugak lah . ohh yeah . hari jumaat adalah hari yang membuatkan aku gumbira jugak . sebab xda kelas and aku dapat bangon lambat sampil berhempas pulas di atas katil . so , yang ada kels, silalah jangan nak menabur dendam yang berpeluru terhadap aku , aku tak rela tak rela okay . !

Indahnya hari jumaat jugak , kadang kadang aku tak ada mentoring , hurmmm , sebab mentor aku super duper busy orang nyer , almaklum lah dekan fakulti pulak . tapi aku suka aku suka  senang sangat nak bersosial mana mana tanpa rasa bersalsh yang maksimum lah .

Tetiba tertiba teringat kampung halamn kat Dungun tuh , sob sobs nak balik jugak hari ini . tapi tahan dan tahan jugak . aku bukan anak orang kaya . senang senang nak balik sesuka hati , tiket bus mahal dowhh pergi balik hampir cecah RM100 , so , daripada buang duit semata demi tiket tersebut baik aku bersosial kat kolumpo neyh .

Tapi sesosial mana pon di kolupmo tak seindah sesosial di dungun , aiseymeyh , kolumpo mana ada pantai . kat dungun tuh , mak aihhh besar jugak pantai dia . tuh yang heaven separuh nak mati tuh . sosial kat dungun ni tak memerlukan kos yang banyak . sebab secara automatik sugar daddy aku akan pastikan minyak kereta selalu ada , and kalau tak ada dia akan bagi aku duit and isi penuh and full full . hah , heaven tak . tapi kalau kat sini . sori der , kita ting tong lah , duit elaun sugar daddy aku kadangkdang tak cukup sebab aku terlalu enjoy dalam membeli beg and kasut , pastuh aku suka berjoli dengan try makanan korea . damn it so much la .


Ohh , gambar ni baru balik dari kenduri kawen and kami soping sikit sikit and jalan jalan kat Pantai Teluk Gadung .


 Ohh , ini adalah sahabat aku , kami kawan since form 4 , lagipon kelas kami pompuan cumalah 9 orang , dan 15 orang lakilaki , :)


 Cuaca yang amat panas , tapi sangat lah geletis nak amik gambar , tapi takut jugak sebab bergambar belakang ombak , seram seram .


Ohh , sebelum balik and nak kena drive pulak . belakang tuh UITM dungun ja pon . 


 
Ohh , ini kawan baik aku , yang memang setia dalam menemani aku kemana jua . sahabat aku yang sangup teman saat aku mengidam nak makan pancake . tengss kawan .

So , indah kan balik dari kenduri , sesaja berjalan kat pantai , ekceli kat dungun ada 3 pantai , yang aku pergi ni pantai yang dekat dengan UITM dungun , seronok taw bersosial kat sini , boleh usha mamat UITM yang kacak kacak , nak dating pon boleh , nak bersosial dengan family pon boleh , tapi kat sini tak boleh nak mandi lah sebab ombak dia kuat .


 Berbaju kurung tidak menjadi satu penghalang untuk bersosial di pantai . malah rasa terlebih ayu  disaat angin sepoisepoi bahasa .



Ohh , nampak kan aku punya ketot , dalam gambar jer ketot , luar luar boleh tahan tinggi jugak lah .

 Hi , peace :*

Hi , peace sekali lagi :*

Hati hati jalan atas batu

Haah , blushing nak mampuih bila pakcik tuh cakap
" nak , elokelok jalan atas batu , anak tuh pakai baju kurung"


Baru jer ada niat nak main papan gelungsor , tetiba sugar daddy kol suruh balik cepat .
HAMPA rasa nyer :(

oke , alkisahnya , gambar ini waktu aku sangup bangun pagi semata nak pergi pasar . Haha , atas sebab ada tetamu nak datang , anak dia engineer . hensem , gaji besar . single pulak tuh . so , aku sengaja lah cakap kat sugar mummy aku . " esok pagi kak ngah pergi pasar , beli barang basah nak masak " . terkedu ekau mak aku terperanjat sungguh .

oh yer , gambar kat atas Pantai Teluk Lipat .





Haaa , bergambar berlatar belakangkan Bukit Bauk



Menuju ke hadapan :*


Indah kan ciptaan Tuhan .
Ohh , nak cakap , kalau pagi air tengah pasang . petang air surut !


Heee , saya suka main air pantai


Air tengah pasang , dalam dalam . tapi ini air tasik


Indah dan cantik Pantai Teluk Gadung ini :)


 Ohh , adik ipar kakak aku ,
made in Pekan , Pahang



Dulu dulu , ada tangga , selalu jugak naik sampai keatas , tapi sekarang tangga dah runtuh .


Ombak dan air pasang


 Konon konon sahaja


Hee huiii , cantik cantik


Sebelum balik dan rasa sedih . sobs sobs


oke itu sahajalah untuk entry kali ini , esok aku nak berjimba di kolumpo . HAHA , nak jumpa akak sepupu aku . KLCC meyh , haaa , ekceli , aku pon baru balik dari berjimba kat Nilai dengan kawan and roomate kami , heaven rasa nyer . tiap minggu keluar . lagipon dah tahun akhir , dia punya nafsu berjimba lain macam sikit beb , sebab lepas ni dah tahu tak boleh berjimba semacam ini . oke bebai :)



sometimes aku rasa sedih jugak bila hujung minggu , cepatcepat hari Isnin <3

bank managment and korean drama


 Assalamualakum dan selamat malam .



Yeah , sekarang aku sedang bertungkus lumus dalam menyiapkan esaimen bank managment tapi at the same time rasa nak maki hamun jugak . opssss . tak marah pon . rasa nak maki hamun pada diri sendiri . sebab nafsu yang melampau sungguh dengan korean drama . 

pandang jeling separuh nak makan bila encik roomate tengok Playfull Kiss . sakan sungguh beliau gelakgelak bahagia.

Ntah kenapalah aku suka sangat tengok korean drama , aku pon tak tahu jugak lah . maybe sebab dorang gojes and aku pulak suke membelagakkan diri segojes beliau . oh no no no . aku sedar diri aku , aku hanyalah aku yang gedikgedik dan nakal tahap nak mampuih .

Tapi memang diaorang gojes , vogue , comel . flawless . and paling aku suka dengan korean drama ni sebab dia punya mekap punya lah simple tak segah cerita melayu . opsss . bukan nak buat comparision tapi nak kena buat jugak . aku suka korean drama atas sebab sebab berikut:

  • mekap yang simple , tak perlu warna warni atas mata , tak perlu nak pakai bulu mata palsu semata nak memikat hati aku . artis korea hanya pakai bb cream jer kot and dorang memang jenis kulit putih , so. its doesnt matter lah kot.

 Park Shin Hye dalam cerita You are Beautiful 
aku guess dia tak pakai eyeshadow pon , tapi still nampak cantik .


Rozita Che Wan
beliau memang cantik , tapi lagi cantik kalau tak mekap tebal tebal and tak pakai bulu mata palsu .


  • korean drama yang membuatkan aku melting sehabis melting part bila dorang tengah mabukmabuk sebab minum carlserbg or tiger , then si jejaka akan dukung si wanita . ohsemmm nyer lah . bukan senang tau nak cari laki laki yang sangop dukung kat belakang . so , aku kena cari laki masa depan yang besar supaya dia dapat kendong aku. HAHAHA .

    yang membuatkan aku melting jugak bika tengok drama HeartStrings , part YoonHwa nyanyi lagu untuk Park Shin Hye. melting like a candy lah.
  

  HEhe, saya suka saya suka , suka bila kena kendong , rasa diri sendiri ringan jer .




YoonHwa and Park Shin Hye
khabar nya mereka bercinta .

  • artis korea comelcomel , cantikcantik , kacakkacak , putihputih , gebugebu dan lainlain .yelah , dorang kan buat surgery , kalau tak buat konpem lah dorang tak berapa nak cantik , rasanya aku jauh lebih cantik dari mereka . sedang gelakgelak setan tahap gaban. 
T-ara group

  • dress up artis korean cantikcantik , kaki mereka panjangpanjang , langsung tak ada bulu kaki . pastuh bila mereka pakai heels, rasa comel sangat , aku yang pakai wedges pon rasa nak tercabut kaki . aisshhhh . aku suka bila yang perempuan tuh pakai boots , nampak ohsem lah , rasa nak beli seketul tapi bila pikir balik , nak letak kat mana eh nanti , pakai ker beli beli ni .


  •  at the same time jugak , aku suka tengok video dorang , rasa jeles sangat sebab tengok dorang menari . tapi aku tak pandai . setakat lagu nobody nobody tuh , aku rasa adik aku lagi terer dari aku . well , bila tengok kumpulan KARA dancing rasa jeles gak , pinggang dia mak aii ramping sungguh , kaki dah lah panjang , muka pulak cun .

                                                                       SHineE Group .
                                                        saya suka saya suka Choi Min Ho



Tapi, sekacak , segojes , secomel , sevogue , sehensem mereka mana pon , kita jauh lebih cantik . well , as a good muslim , kita sendiri tahu mengubah ciptaan Tuhan tuh berdosa . Just terima diri kita dengan seadanya . Suddenly , aku teringat katakata member aku . " ekceli , jadi hodoh lagi baik , at least kita tahu laki tuh sayang kat kita bukan kerana rupa , tapi just the ways we are . And its sound stupid lah kan kalau kita tanya mereka , awak sayang saya sebab saya cantik ker ??? , and opkos lah mereka akan argue . tapi ada jugak insan lain yang berhati baik . so , moral of the story . rambut sama hitam , tapi hati lain lain okay :)


okay , nak sambung buat Bank Management and cari bahan untuk discussion Malaysian Economy .

Monday, 9 July 2012

wages . wedges . chezzy wedges

Assalamualaikum

Hai , Selamat Malam .

Aku baru selesai membaham sebijik epal merah yang super duper manis , gula pun tak semanis epal merah ini , TAPI tiba tiba pening kepala lah pulak , hishhh , macam diri snowhite pulak . so , siapakah prince aku , no no, huntman lah, heeee :) 

gelak lemah lembut tahap gemalai mak nyah

Heee , aku berpose lagi nak update belog ni , haaa , kesah plak , kan tambah pahala . bukan senang nak buat pahala tapi senang sangat nak buat dosa . takmoo takmoo , dah besar kan

wages , chezzy wedges , kasut wedges

So, korang semua pernah dengar tak perkataan wages, wedges and kasut wedges . ohsem sungguh lah , bukan main lagi dekat dekat bunyi nya kan kan . even kalau tulis mesti lah tak sama ejaan dia tapi sebutan dia hampir sama lah .

Dalam kelas taxation baru baru ini , aku belajarlah cam mane nak kira tax . punyalah lecturer duk sakan sebut pasal wages , aku dah terbayang bayang wedges yang kat kepci , dalam hati , kan best kalau wedges ada depan mata , boleh melantak dengan member sebelah . sambil tuh tenung kasut flat aku , uhhh , aku tak suka pakai high heels sebab aku rasa aku dah tinggi even dalam family aku paling ketot .

wages also known as salary okay . pleasee nurul please take note , wages bukan wedges yang dalam kepci semata ataupun lasut wedges even ko pakai kasut flat dah berbelas tahun .

Wages as is defined in Section 2 of the Human Resources Development Act, 1992, is the basic monthly wages plus fixed allowances (fixed amounts received monthly) paid to employees. It includes paid leave, arrears of wages and income tax paid by employers.

 Definition by pak cik google kacak

manakala wedges pulak adalah chezzy wedges , tapi aku suka sebut wedges , rasa membazir air liur aku sebut chezzy wedges bila nak order dengan abang kepci yang kacak . chezzy wedges adalah sejenis makanan daripada ubi kentang yang telah diparut dengan jayanya . kemudian ada cheese yang kaler putih dan kaler kuning . 

aku suka yang kaler kuning tuh , rasa comel sangat :)

tiap kali pergi kepci , memang selalulah order chezzy wedges ni , hurmmm , sebagai spare part kalau perut lapar lagi , mesti makan tak baca bismillah lah tuh . tapi memang rasa hidup tak lengkap kalau setakat makan ayam jer tanpa chezzy wedges , rasa bila beli nak makan sorang diri , takmoo bagi sesapa makan . tapi mak kita cakap , berdosa tuh , 

 kita kena sharing, sebab sharing is caring , caring is loving . loving is money , no money no talk , no talk no love, no love no kekasih , kah kah kah

lagi suka dan cinta bila ada banyak cheese kaler kuning , selalu request lebih lebih bila order dengan abang kepci kacak .




oke, kasut wedges pulak adalah sejenis kasut yang tinggi, sangatlah sesuai buat gadis yang agak ketot macam aku . lain nya wedges dengan high heels ialah wedges dia punya tapak besar , tapi high heels tapak dia kecik , rasa pakai nak terpeleot sungguh lah , dulu pernah curi pakai sugar mummy lah , tak mampu beli sendiri .

So , alkisahnya aku dah ada 2 pasang kasut wedges , tak pernah beli pon kasut wedges , tapi hari tuh keluar dengan member pergi Alamanda , tergerak hati nak beli kasut wedges , disamping harga yang murah dan cantik . HAHA , seriously bila pakai kasut wedges rasa tinggi , tengok manusia lain macam tengok lantai . KRik3 . pastuh rasa diri berkeyakinan tinggi lah jugak , yelah , dah rasa diri tinggi .

Tapi ada sebab yang lain jugak beli kasut wedges ni , yelah selama ni asyik setia dengan kasut flat , dah lah diri ketot bertambah ketot bila pakai kasut flat , langsung tak ada keyakinan . sobs sobs .

Harapan yang cukup tinggi aku laburkan saat beli kasut wedges ni adalah dengan harapan nanti dapat suami yang tinggi , dulu boyprenggg aku tinggi sikit jer dari aku , so , bila nak pakai kasut wedges rasa serba salah pulak , nanti i tengok u , kepala u terangkat . heee . mintak ampun abang !! , tapi , beli kasut wedges pon sebab dah beli jubah jeans saiz 36 still labuh lagi , huissshh perli aku lah tuh , so , dengan harapan bila dah pakai kasut wedges tak perlu lah nak potong kelabuhan jubah itu .


            cantik , rasa geram tengok , sekarang dah jatuh cinta pada kasut wedges



kaler merah pon cantik , tapi hari tuh shopping kat Alamanda beli kaler hitam dan putih mix dengan dark blue . cantik cantik cantik .


HAHA , sekarang dah boleh tahu dah kot apakah itu wages , chezzy wedges dan kasut wedges . bila kelas taxation dah tak payah pikir pasal sebarang wages . hurmmm , tapi lagi bagus kalau lecturer tukarkan wages kepada salary , so , aku tak perlu berangan nak makan chezzy wedges . wages is salary !!!