Tuesday, 11 December 2012

MR.R

Hello korang semua yang kaw kaw gojes nyer dan

Assalamualaikum


Korang korang semua pernah admire tak pada seseorang . Yeahh , aku pernah even sekarang pon aku admire dia bagai nak mampus . Well, korang pernah tak baca novel Kampung Girl . Cerita dalam novel tuh macam kena jer dengan aku tau. Dan 100% aku teramat suka membacanya .

MR.R ialah seorang lelaki yang aku kenal sejak aku belajar mengaji , means sejak aku kecil lagi . Kami satu sekolah . MR.R merupakan senior aku dan always protect aku kalau ada sesapa yang tegar nak buli aku sebab waktu kecik dulu aku agak manja dan cengeng. Aku selalu mention pasal MR.R dekat ex2 aku . MR.R kira first love aku jugak lah.

Well, the first time jugak lah bagi aku nak announce yang aku suka MR.R . Dulu aku loving dengan mana mana guy aku tak dalah sampai mention habis . Tapi dengan MR.R aku selalu admire dia . Kalau tak percaya, tengok lah twitter aku . semua nama MR.R.

Tapi aku tak pernah contact dengan dia, aku segan , aku malu lah . Tak tahu dia masih sayang kat aku or tak . Tapi raya baru ni MR.R dan famili datang beraya kat rumah aku . Alangkah indahnya kalau famili MR.R datang merisik aku . Konpem aku setuju punya lah .So, MR.R andai anda terbaca post ini marilah merisik saya dengan kadar segera .

Famili aku dengan famili MR.R kira macam kawan baik lah . Aku kalau diberi peluang nak membahagiakan kedua ibu bapa aku . Since aku dah pernah memalukan famili aku dengan peragai aku yang kebudak budakan . Yelah, siapa akan setuju kan kalau kita akan dikahwinkan dengan seseorang bukan pilihan hati kita. Dat y aku tolak jer . Lagipun aku sayangkan MR.S sebagai seorang abang sahaja .

Kawan baik aku pernah tanya asal aku suka sangat dengan MR.R . Yelah, aku tak pernah on call dengan MR.R . Macam aku yang terhegeh hegeh dengan MR.R sedangkan ada ramai guy dekat luar . Jawapam aku: Ekceli, sampai saat ini aku masih tak dapat lupakan MR.H . Aku berusaha untuk lupakan dia , tapi aku selalu teringat kat dia . Sebab tuh aku tak dapat terima mana mana lelaki . Oleh itu, aku yang kena mencari cari lelaki yang susah didekati macam MR.R . Aku hanya mampu rindu dia tapi aku tak mampu nak cakap depan depan dengan dia . Secara otomatik aku akan pengsan .

Aku suka MR.R sebab dia:

# Lelaki yang mahal , dia bukan jenis yang terhegeh dengan mana mana pompuan kecuali pompuan yang terhegeh dekat dia macam aku.
# Memiliki ego yang tinggi .
# Tinggi dari aku , aroung 160 something, even dia tak setinggi Choi MinHo 187cm
# Dia suka sport macam aku . Dia terer main bola sepak macam aku terer main netball. Kah kah
# Famili dia and famili aku kawan baik . So, baik punya planning lah
# Bersama dia boleh membuatkan aku tersenyum and famili kami happy ever ending.
# Dia insan pertama yang ajar aku rindu . Since umur 11 tahun
# MR.R selalu protect aku.
# MR.R propose aku jadi wife dia no.4.
# ...............................


Drama:

(Atas motor , aku 11 tahun. MR.R 12 tahun)

MR.R : weyh, nanti besar mu kawin lah dengan aku . Jadi bini nombor empat
Aku    : mende gop , tak kuasa aku nak kawen dengan mu . Tapi asal aku kena jadi bini nombor      empat mu .
MR.R : sebab ikut sunnah Nabi, kawen 4 . tapi kalau kawen satu, akan ada dua dan akan ada tiga . Tapi kalau dah empat dah tak boleh tambah dah . So, jadilah yang terakhir untuk aku . Jadi bini nombor empat aku . Tak ada satu dua tiga tapi terus empat .






Thursday, 29 November 2012

istanbul aku datang

Hello peepsss ...

Assalamualaikum beby <3


Dah lama giler gua tak update blog kan .. why??? sebab sejak guna henpon yang canggih boleh online by mobile ni . Gua dah semakin meninggalkan laptop . Terlalu addicted mungkin dengan henpon yang tak dalah secanggih mana. Sehinggakan laptop kesayangan gua dijangkiti sejenis virus yang kurang dikenal pasti . Cepat cepat gua hantar dekat member gua untuk difomat . Yeayyy !!!! . laptop dah sihat ...

Alkisahnya semalam gua ponteng kelas . Alohhhh , kelas pertama biasa lecturer tak ajr sangat kan kan kan . So, pergilah gua bersama kawan gua ke The Mines semata nak tengok Istanbul Aku Datang . Satu information gua nak bagitahu *tengok lah wayang hari Rabu , harga nyer murah*

Gua tahu kalian semua pasti dah tengok kan cerita Istanbul Aku Datang . Well , gua suka sangat cerita dia sebab ada Lisa Surihani . Beliau comel kan kan kan . Sebab beliau pelat R . 

I fell it just sexy lah lah :)

Pengajaran yang gua dapat daripada cerita Istanbul Aku Datang ialah :

# Tak usah lah bercinta terlalu lama , sebab kadang kadang jodoh kita bukan dengan orang yang dah bertahun kita kenal . Perhaps jodoh kita dengan orang yang kita kenal baru seminggu dua . Macam jodoh Dian (Lisa Surihani) bukan dengan Azad (Tomok) tapi dengan Harris (Beto) . So, kepada pasangan yang bercinta dah boleh kawin kot sekarang .

# Perempuan kenalah berdikari so kita dapat tunjuk kepada lelaki yang kita serba boleh . Well, lelaki zaman sekarang kan suka pompuan yang boleh stand sendirir , jangan too much nak bergantung kepada diaorang . And maybe dorang jugak akan berasa rimas dan mula cari pompuan lain . Dasar laki , nak lebih jer dari satu kan kan kan kan

# Lelaki ploishh lah setia pada yang satu . Mentangmentang lah dah jauh dari pasangan mula lah nak cari orang lain . Aku tampoo kang satgi . Hahahahahaha . Well , kita memang lah jangan terlalu percaya pada pasangan kita sebab bila mereka memperbodohkan kita, kita still able nak berdiri lagi .Tapi pesanan ni bukan lah untuk lakilaki sahaja . U too gilrs .

# Second chance . Hurmmm , bnda ni depends pada korang . Samaada nak bagi second chance pada pasangan korang atau tak . Bagi gua , gua akan bagi second chance pada pasangan gua kalau gua tak ada penganti dalam masa yang terdekat tapi kalau dah ada penganti , jangan harap gua nak bagi second chance lah . Why ??? hai boys , korang patut tahu and sematkan kat otak korang yang pompuan sangat lah baik but sometimes mereka lebih jahat daripada korang . Hati pompuan ini macam lah ais, bila korang pujuk kami akan okeh . Lebih lagi bila yang pujuk tuh korang yang kami sayang . Hahahahahaha  *maybe its just depends pada sesetengah orang lah .

Ini jer lah kot pengajaran yang gua dapat dari Istanbul Aku Datang . Laki kena tahu 

 "pompuan bukan nak yang hensem tapi as long as korang boleh protect kami , its enough for us"


Okeh . ini sahaja untuk hari ini . Sedang tak sabar nak tengok korean drama pulak . Addicted dengan Choi Minho .




To student kuis : sesapa yang rasa ada masalah laptop, dialu alukan untuk inbox gua . Harga serendah RM 30 untuk format


Friday, 26 October 2012

hari raya aidiladha

Assalamuikum semua..

Firstly, gua nak cakap SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA okeh .
korang dah sembelih kerbau , lembu , unta maybe..
untuk tahun ini , family gua xda buat sebarang sembelihan di Malaysia . cuma sedikit sembelihan di negara yang kurang berkemampuan . ohh peepss , satu berita hepy yang gua nak sharekan untuk korang . 

" mak cik sedara belah mak aku dah peluk islam , hurmm malam raya "
mak cik aku dah masuk islam . heee . seyes aku sangat lah sangat hepy , sebb selama ini aku pkiaq aku dah xda makcik selain belah ayah aku" . 

So, maybe family mak cik aku akan datang Malaysia untuk register masuk islam kat sini . 

Secondly, gua nak cakap gua sangat lah tidak sabar untuk jumpa makcik gua yang baru jer peluk islam malam tadi , gua tak sabar nak jumpa sepupu pompuan gua . mak gua cakap sepupu pompuan gua cantik dan comel . tinggi dari gua lagi , jeles sangatsangat tau!!!


  
dan secara otomatik harga lembu naik mendadak . rasa nak bela lembu banyakbanyak pulak . :p

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA & SELAMAT MENYEMBELIH KORBANAN .

Friday, 10 August 2012

mood : midterm mesia ekonomi



Assalamualaikum dan selamat petang 



Yeah, memang dah lama sangat sangat aku tak update belog kan kan . Alasan . M.A.L.A.S . ohh you know wat is malas . M.A.L.A.S . semua orang akan pernah rasa nak malas . rasa malas nak makan pun ada ..

 Yup yup . perkara tuh pernah terjadi pada aku bila aku rasa malas nak makan .

 Alasan : nak tengok korea dan korea .

Seperti sekarang jugak aku sangat lah M.A.L.A.S nak update belog walaupun dulu aku bagai nak rak habiskan masa bersengkang mata depan laptop . heeee . 

 tapi disebabkan komitmen aku sebagai pelajar yang terlalu berdedikasi menghalang aku untuk bersengkang mata terlalu lama . 

sekarang jugak aku seperti terasa malas nak setadi . padahal esok aku akan menghadapi midterm MALAYSIA ECONOMY . satu subjek yang cukup disaster bagi aku . 

Alasan : aku hanya minat kira kira sahaja . bacabaca hafalhafal aku tak minat
 *dengan penuh muka keriakan tahap setan . hahahahahhahah


kalau lah sesiapa bertanyakan aku . apa yang kau nak dalam hidup aku . 


Aku akan jawab , "aku nak jadi budak pandai tapi aku tak nak belajar" . 


Well aku tahu korang mesti nak maki hamun and cakap aku kerek kan kan kan .

Tapi itulah yang terjadi pada aku . tapi aku setadi jugak . itu hanyalah impian aku , aku teringin sangat sangat bila nak exam jer , aku bercuti bagai nak rak , balik bercuti terus amik exam . tapi , aku memang bukan seorang pelajar yang pandai . even dapat dekan pon tiap tiap sem aku tetap merasakan diri aku jahil . 


Alasan: aku tetap kena hadap buku tiap kali nak exam , aku tak dapat nak bersosial tiap kali nak exam . sekiranya benda itu berlkau pada aku iaitu dapat bersosial , aku akan gembira , dan aku merasakan aku pandai dan boleh jadi perdana menteri . hua hua hua


Tapi sejauh mana pon aku menyimpan anganangan dan impian tersebut aku masih tak dapat nak menjadikan ianya satu realiti . 


Alasan : cuba bayangkan aku bersosial tiap kali nak exam , opkoss lah beby , aku kena repeat sahaja . 


Kekadang jugak , aku rasa yang teramat down bila melihat kawankawan aku setadi bagai nak rak , tapi aku boleh bersenang lenang tengok korea, baring baring atas katil . sebenarnya aku cuak jugak , tapi disebabkan mood M.A.L.A.S dah lama menghantui hidup dan bayangbayang , aku tetap membajet cool tak payah setadi . yeahhh , aku turut mengaku yang aku akan membajetkan aku cool bila nak tidur atau tengok korea aku akan pegang buku and macam macam notes . hehehee . setail kan hidup aku 

* itu adalah cara untuk menenagkan hati yang gusar tahap setan .



Oleh itu , wahai encik M.A.L.A.S nyah lah engkau dari hidupku ,

 Alasan : aku nak setadi nak dapat dekan lagi , nak dapat 4 flat , tak nak bayar hutang PTPTN kalau aku dapat CGPA pangkat satu . 


Ya Allah, engkau permudahkan urusan hambaMu ini sama ada di dunia dan akhirat . Permudahkan urusan ku dalam menjawab soalan soalan tersebut . Aminn .



Gadis dan pria 

Friday, 13 July 2012

bersosial dan bersosial

Assalamualaikum

Morning semua . walaupun dah nak masuk tengahhari . opsss , kantoi bangon pagi lambat hari ini . heee . tapi tak pa . xda kelas pon , at the same time kira macam hujung minggu jugak lah . ohh yeah . hari jumaat adalah hari yang membuatkan aku gumbira jugak . sebab xda kelas and aku dapat bangon lambat sampil berhempas pulas di atas katil . so , yang ada kels, silalah jangan nak menabur dendam yang berpeluru terhadap aku , aku tak rela tak rela okay . !

Indahnya hari jumaat jugak , kadang kadang aku tak ada mentoring , hurmmm , sebab mentor aku super duper busy orang nyer , almaklum lah dekan fakulti pulak . tapi aku suka aku suka  senang sangat nak bersosial mana mana tanpa rasa bersalsh yang maksimum lah .

Tetiba tertiba teringat kampung halamn kat Dungun tuh , sob sobs nak balik jugak hari ini . tapi tahan dan tahan jugak . aku bukan anak orang kaya . senang senang nak balik sesuka hati , tiket bus mahal dowhh pergi balik hampir cecah RM100 , so , daripada buang duit semata demi tiket tersebut baik aku bersosial kat kolumpo neyh .

Tapi sesosial mana pon di kolupmo tak seindah sesosial di dungun , aiseymeyh , kolumpo mana ada pantai . kat dungun tuh , mak aihhh besar jugak pantai dia . tuh yang heaven separuh nak mati tuh . sosial kat dungun ni tak memerlukan kos yang banyak . sebab secara automatik sugar daddy aku akan pastikan minyak kereta selalu ada , and kalau tak ada dia akan bagi aku duit and isi penuh and full full . hah , heaven tak . tapi kalau kat sini . sori der , kita ting tong lah , duit elaun sugar daddy aku kadangkdang tak cukup sebab aku terlalu enjoy dalam membeli beg and kasut , pastuh aku suka berjoli dengan try makanan korea . damn it so much la .


Ohh , gambar ni baru balik dari kenduri kawen and kami soping sikit sikit and jalan jalan kat Pantai Teluk Gadung .


 Ohh , ini adalah sahabat aku , kami kawan since form 4 , lagipon kelas kami pompuan cumalah 9 orang , dan 15 orang lakilaki , :)


 Cuaca yang amat panas , tapi sangat lah geletis nak amik gambar , tapi takut jugak sebab bergambar belakang ombak , seram seram .


Ohh , sebelum balik and nak kena drive pulak . belakang tuh UITM dungun ja pon . 


 
Ohh , ini kawan baik aku , yang memang setia dalam menemani aku kemana jua . sahabat aku yang sangup teman saat aku mengidam nak makan pancake . tengss kawan .

So , indah kan balik dari kenduri , sesaja berjalan kat pantai , ekceli kat dungun ada 3 pantai , yang aku pergi ni pantai yang dekat dengan UITM dungun , seronok taw bersosial kat sini , boleh usha mamat UITM yang kacak kacak , nak dating pon boleh , nak bersosial dengan family pon boleh , tapi kat sini tak boleh nak mandi lah sebab ombak dia kuat .


 Berbaju kurung tidak menjadi satu penghalang untuk bersosial di pantai . malah rasa terlebih ayu  disaat angin sepoisepoi bahasa .



Ohh , nampak kan aku punya ketot , dalam gambar jer ketot , luar luar boleh tahan tinggi jugak lah .

 Hi , peace :*

Hi , peace sekali lagi :*

Hati hati jalan atas batu

Haah , blushing nak mampuih bila pakcik tuh cakap
" nak , elokelok jalan atas batu , anak tuh pakai baju kurung"


Baru jer ada niat nak main papan gelungsor , tetiba sugar daddy kol suruh balik cepat .
HAMPA rasa nyer :(

oke , alkisahnya , gambar ini waktu aku sangup bangun pagi semata nak pergi pasar . Haha , atas sebab ada tetamu nak datang , anak dia engineer . hensem , gaji besar . single pulak tuh . so , aku sengaja lah cakap kat sugar mummy aku . " esok pagi kak ngah pergi pasar , beli barang basah nak masak " . terkedu ekau mak aku terperanjat sungguh .

oh yer , gambar kat atas Pantai Teluk Lipat .





Haaa , bergambar berlatar belakangkan Bukit Bauk



Menuju ke hadapan :*


Indah kan ciptaan Tuhan .
Ohh , nak cakap , kalau pagi air tengah pasang . petang air surut !


Heee , saya suka main air pantai


Air tengah pasang , dalam dalam . tapi ini air tasik


Indah dan cantik Pantai Teluk Gadung ini :)


 Ohh , adik ipar kakak aku ,
made in Pekan , Pahang



Dulu dulu , ada tangga , selalu jugak naik sampai keatas , tapi sekarang tangga dah runtuh .


Ombak dan air pasang


 Konon konon sahaja


Hee huiii , cantik cantik


Sebelum balik dan rasa sedih . sobs sobs


oke itu sahajalah untuk entry kali ini , esok aku nak berjimba di kolumpo . HAHA , nak jumpa akak sepupu aku . KLCC meyh , haaa , ekceli , aku pon baru balik dari berjimba kat Nilai dengan kawan and roomate kami , heaven rasa nyer . tiap minggu keluar . lagipon dah tahun akhir , dia punya nafsu berjimba lain macam sikit beb , sebab lepas ni dah tahu tak boleh berjimba semacam ini . oke bebai :)



sometimes aku rasa sedih jugak bila hujung minggu , cepatcepat hari Isnin <3

bank managment and korean drama


 Assalamualakum dan selamat malam .



Yeah , sekarang aku sedang bertungkus lumus dalam menyiapkan esaimen bank managment tapi at the same time rasa nak maki hamun jugak . opssss . tak marah pon . rasa nak maki hamun pada diri sendiri . sebab nafsu yang melampau sungguh dengan korean drama . 

pandang jeling separuh nak makan bila encik roomate tengok Playfull Kiss . sakan sungguh beliau gelakgelak bahagia.

Ntah kenapalah aku suka sangat tengok korean drama , aku pon tak tahu jugak lah . maybe sebab dorang gojes and aku pulak suke membelagakkan diri segojes beliau . oh no no no . aku sedar diri aku , aku hanyalah aku yang gedikgedik dan nakal tahap nak mampuih .

Tapi memang diaorang gojes , vogue , comel . flawless . and paling aku suka dengan korean drama ni sebab dia punya mekap punya lah simple tak segah cerita melayu . opsss . bukan nak buat comparision tapi nak kena buat jugak . aku suka korean drama atas sebab sebab berikut:

  • mekap yang simple , tak perlu warna warni atas mata , tak perlu nak pakai bulu mata palsu semata nak memikat hati aku . artis korea hanya pakai bb cream jer kot and dorang memang jenis kulit putih , so. its doesnt matter lah kot.

 Park Shin Hye dalam cerita You are Beautiful 
aku guess dia tak pakai eyeshadow pon , tapi still nampak cantik .


Rozita Che Wan
beliau memang cantik , tapi lagi cantik kalau tak mekap tebal tebal and tak pakai bulu mata palsu .


  • korean drama yang membuatkan aku melting sehabis melting part bila dorang tengah mabukmabuk sebab minum carlserbg or tiger , then si jejaka akan dukung si wanita . ohsemmm nyer lah . bukan senang tau nak cari laki laki yang sangop dukung kat belakang . so , aku kena cari laki masa depan yang besar supaya dia dapat kendong aku. HAHAHA .

    yang membuatkan aku melting jugak bika tengok drama HeartStrings , part YoonHwa nyanyi lagu untuk Park Shin Hye. melting like a candy lah.
  

  HEhe, saya suka saya suka , suka bila kena kendong , rasa diri sendiri ringan jer .




YoonHwa and Park Shin Hye
khabar nya mereka bercinta .

  • artis korea comelcomel , cantikcantik , kacakkacak , putihputih , gebugebu dan lainlain .yelah , dorang kan buat surgery , kalau tak buat konpem lah dorang tak berapa nak cantik , rasanya aku jauh lebih cantik dari mereka . sedang gelakgelak setan tahap gaban. 
T-ara group

  • dress up artis korean cantikcantik , kaki mereka panjangpanjang , langsung tak ada bulu kaki . pastuh bila mereka pakai heels, rasa comel sangat , aku yang pakai wedges pon rasa nak tercabut kaki . aisshhhh . aku suka bila yang perempuan tuh pakai boots , nampak ohsem lah , rasa nak beli seketul tapi bila pikir balik , nak letak kat mana eh nanti , pakai ker beli beli ni .


  •  at the same time jugak , aku suka tengok video dorang , rasa jeles sangat sebab tengok dorang menari . tapi aku tak pandai . setakat lagu nobody nobody tuh , aku rasa adik aku lagi terer dari aku . well , bila tengok kumpulan KARA dancing rasa jeles gak , pinggang dia mak aii ramping sungguh , kaki dah lah panjang , muka pulak cun .

                                                                       SHineE Group .
                                                        saya suka saya suka Choi Min Ho



Tapi, sekacak , segojes , secomel , sevogue , sehensem mereka mana pon , kita jauh lebih cantik . well , as a good muslim , kita sendiri tahu mengubah ciptaan Tuhan tuh berdosa . Just terima diri kita dengan seadanya . Suddenly , aku teringat katakata member aku . " ekceli , jadi hodoh lagi baik , at least kita tahu laki tuh sayang kat kita bukan kerana rupa , tapi just the ways we are . And its sound stupid lah kan kalau kita tanya mereka , awak sayang saya sebab saya cantik ker ??? , and opkos lah mereka akan argue . tapi ada jugak insan lain yang berhati baik . so , moral of the story . rambut sama hitam , tapi hati lain lain okay :)


okay , nak sambung buat Bank Management and cari bahan untuk discussion Malaysian Economy .

Monday, 9 July 2012

wages . wedges . chezzy wedges

Assalamualaikum

Hai , Selamat Malam .

Aku baru selesai membaham sebijik epal merah yang super duper manis , gula pun tak semanis epal merah ini , TAPI tiba tiba pening kepala lah pulak , hishhh , macam diri snowhite pulak . so , siapakah prince aku , no no, huntman lah, heeee :) 

gelak lemah lembut tahap gemalai mak nyah

Heee , aku berpose lagi nak update belog ni , haaa , kesah plak , kan tambah pahala . bukan senang nak buat pahala tapi senang sangat nak buat dosa . takmoo takmoo , dah besar kan

wages , chezzy wedges , kasut wedges

So, korang semua pernah dengar tak perkataan wages, wedges and kasut wedges . ohsem sungguh lah , bukan main lagi dekat dekat bunyi nya kan kan . even kalau tulis mesti lah tak sama ejaan dia tapi sebutan dia hampir sama lah .

Dalam kelas taxation baru baru ini , aku belajarlah cam mane nak kira tax . punyalah lecturer duk sakan sebut pasal wages , aku dah terbayang bayang wedges yang kat kepci , dalam hati , kan best kalau wedges ada depan mata , boleh melantak dengan member sebelah . sambil tuh tenung kasut flat aku , uhhh , aku tak suka pakai high heels sebab aku rasa aku dah tinggi even dalam family aku paling ketot .

wages also known as salary okay . pleasee nurul please take note , wages bukan wedges yang dalam kepci semata ataupun lasut wedges even ko pakai kasut flat dah berbelas tahun .

Wages as is defined in Section 2 of the Human Resources Development Act, 1992, is the basic monthly wages plus fixed allowances (fixed amounts received monthly) paid to employees. It includes paid leave, arrears of wages and income tax paid by employers.

 Definition by pak cik google kacak

manakala wedges pulak adalah chezzy wedges , tapi aku suka sebut wedges , rasa membazir air liur aku sebut chezzy wedges bila nak order dengan abang kepci yang kacak . chezzy wedges adalah sejenis makanan daripada ubi kentang yang telah diparut dengan jayanya . kemudian ada cheese yang kaler putih dan kaler kuning . 

aku suka yang kaler kuning tuh , rasa comel sangat :)

tiap kali pergi kepci , memang selalulah order chezzy wedges ni , hurmmm , sebagai spare part kalau perut lapar lagi , mesti makan tak baca bismillah lah tuh . tapi memang rasa hidup tak lengkap kalau setakat makan ayam jer tanpa chezzy wedges , rasa bila beli nak makan sorang diri , takmoo bagi sesapa makan . tapi mak kita cakap , berdosa tuh , 

 kita kena sharing, sebab sharing is caring , caring is loving . loving is money , no money no talk , no talk no love, no love no kekasih , kah kah kah

lagi suka dan cinta bila ada banyak cheese kaler kuning , selalu request lebih lebih bila order dengan abang kepci kacak .




oke, kasut wedges pulak adalah sejenis kasut yang tinggi, sangatlah sesuai buat gadis yang agak ketot macam aku . lain nya wedges dengan high heels ialah wedges dia punya tapak besar , tapi high heels tapak dia kecik , rasa pakai nak terpeleot sungguh lah , dulu pernah curi pakai sugar mummy lah , tak mampu beli sendiri .

So , alkisahnya aku dah ada 2 pasang kasut wedges , tak pernah beli pon kasut wedges , tapi hari tuh keluar dengan member pergi Alamanda , tergerak hati nak beli kasut wedges , disamping harga yang murah dan cantik . HAHA , seriously bila pakai kasut wedges rasa tinggi , tengok manusia lain macam tengok lantai . KRik3 . pastuh rasa diri berkeyakinan tinggi lah jugak , yelah , dah rasa diri tinggi .

Tapi ada sebab yang lain jugak beli kasut wedges ni , yelah selama ni asyik setia dengan kasut flat , dah lah diri ketot bertambah ketot bila pakai kasut flat , langsung tak ada keyakinan . sobs sobs .

Harapan yang cukup tinggi aku laburkan saat beli kasut wedges ni adalah dengan harapan nanti dapat suami yang tinggi , dulu boyprenggg aku tinggi sikit jer dari aku , so , bila nak pakai kasut wedges rasa serba salah pulak , nanti i tengok u , kepala u terangkat . heee . mintak ampun abang !! , tapi , beli kasut wedges pon sebab dah beli jubah jeans saiz 36 still labuh lagi , huissshh perli aku lah tuh , so , dengan harapan bila dah pakai kasut wedges tak perlu lah nak potong kelabuhan jubah itu .


            cantik , rasa geram tengok , sekarang dah jatuh cinta pada kasut wedges



kaler merah pon cantik , tapi hari tuh shopping kat Alamanda beli kaler hitam dan putih mix dengan dark blue . cantik cantik cantik .


HAHA , sekarang dah boleh tahu dah kot apakah itu wages , chezzy wedges dan kasut wedges . bila kelas taxation dah tak payah pikir pasal sebarang wages . hurmmm , tapi lagi bagus kalau lecturer tukarkan wages kepada salary , so , aku tak perlu berangan nak makan chezzy wedges . wages is salary !!!






Friday, 6 July 2012

baby oh baby

Assalamualaikum...

Hello and Good Morning :)

Hari ini terasa sangat bosan dan bosan even kat tapak konvo penuh dengan gerai gerai yang menjual bermacam macam barangan TAPI aku still bersengkang mata di atas katil sambil jari jari giat taip entry kali ini.  sedang mata tertutup taw. hik hik

BOSAN, yeahh, mungkin itu yang patut digambarkan sekarang, sedang encik roomate pergi ke  Hospital Putrajaya, mean aku sesorang diri dalam bilik sambil dengar radio ERA.

Dan disebabkan kuasa kebosanan yang telah merasuk diri aku, macam macam aku buat, hahaha, best jugak kadangkadang buat kerja gila,tapi tak adalah gila sangat, bese bese sahaja lah. 

opsss, nak cakap pasal baby tapi bukan lagu baby yang justin bibir nyanyi tuh, kRik3

Nah, nak share dengan korang apa yang aku buat, hek hek, aku sesaja tekan like gambar gambar baby yang comel. Ya Allah, comel sungguh kan baby baby ni semua, rasa nak gigit jer, dah lah kulit gebu, putih melepak, manis, yang penting flawless, sebijik jerawat pon tak ada

sedang rasarasa kat muka aku ada jerawat tak, jawapan dia ada, pompuan tiaptiap bulan keluar jerawat taw, 

oke, nak upload gambargambar baby yang aku ada, rasa geram sangat sangat tengok gambar baby, heee, amik dari pak cik google yang kacak tau, sumpah rasa geram yang melampau.

oke, sila tadahkan mata di laptop sambil gigit bibir sampai berdarah tengok baby baby comel

baby yang sangat menawan membuatkan hati ku tertawan disaat dorang tengah gelak bahagia :)

baby yang bermata biru membuatkan aku berdoa tiaptiap malam nak kawen dengan mat salleh dengan harapan anak dapat baby mata biru.

yuhuuu, tak payah pakai contact lens. :P, membazir


comel kan kalau baby buat muncung, yang dah tua silalah jangan buat muncung, sebab tak cantik, baby cantik cantik .



yeheee, baby ni tengah mengedik . tapi comel . suka tengok baby gedik gedik . kRik3



alolohhh, ohsem sungguh baby pakai bunga bunga atas kepala, rasa nak beli satu untuk baby sendiri. heee :)



see, baby ni, comel lah, bulu mata panjang . tak macam rozita che wan. bulu mata panjang sebab pakai bulu mata palsu :)

 




rasa nak beli seketul spek mata macam baby , pastuh amik gambar macam baby ni , mesty ramai nak kishhh sebab comel sunguh :)



comel kan baby boy ni , mesty sebab tak pandai lagi nak buat peace . buat one pon boleh baby, sebab baby buat apaapa pon nampak comel :)



nanti bila dah ada baby sendiri , nak pakaikan macam ni kat baby. comel lah baby :)





bila ada baby sendiri , harihari nak soping baju comel lote kat baby .:)



baby ni sweet, baby kembar, hurmmm, teringin sungguh nak baby kembar , nak kembar baby boy and baby girl . boleh tolong mama kan. hek hek :P



indahkan ada baby, baby ini tak ada dosa pon, sebab baby ni adalah kain putih, yang mencorakkan baik atau buruk baby ini adalah ibu bapa mereka. baik corak nya maka baiklah baby tersebut dan sebaliknya, 

suka sangat tengok baby baby ini,

see, comel kan baby baby ni, tapi kadang kadang terlintas kat otak ini, kenapa masih ada golongan manusia yang tak berperikemanusian buang baby, buang merata rata, macam baby tak ada perasaan langsung, sedih tau !!

ramai orang nak baby tapi dorang tak dapat baby, tapi yang ada baby boleh pulak buang baby, sedangkan haiwan pon sayangkan anak mereka, padahal sah sah haiwan tak ada otak, tapi manusia yang ada otak boleh jer sesenang hati buang baby, hurmmmm, masa tengah berseronok tak fikir apa akibat, kesian baby.

semoga baby baby yang pernah merasai keperitan dibuang dirahmati Allah, 


nota kaki: sila doakan ketatketat supaya aku dapat anak kembar, ahakksss !!! ^-^

Wednesday, 4 July 2012

OMG , OMG , kelas batal lah !!!

Assalamualaikum...


Kali ni aku sesaja nak mengedik tahap kegabanan yang maksima. nak update pasal kelas batal sambil buat muka sedih sedih, padahal dalam hati suka kemain lagi lah

 aku selalu forward mesej kelas batal disertai dengan smiley sedih sebegini :(. HAHAHA

Aduh tertekan sungguh kan bila bangun diawal pagi dan siap siap nak pergi kelas, tetiba dapat mesej kelas batal, rasa nak makihamun, yelah kan bagos kalau bagitahu awal awal, tak perlulah nak amik masa mandi, siapsiap, iron baju, mekapmekap, pakai tudung. nak buat semua benda tuh dah makan masa sejam,

 *sebab malas nak gosok baju malammalam, bila nak pakai baru terhegeh hegeh gosok baju,

cubalah kalau lecturer tuh bagitahu kelas batal awal awal, macam kalau kelas pukul 8 bagitahu lah kelas batal waktu subuh tuh, boleh sambung tidur sambil meninggalkan peta satu malaysia kan kan kan, ni tak, dah jalan separuh padang, dapat mesej kelas batal, uhhh frustated sungguh lah kan :)

tapi kalau dah sampai kampus tak kan lah nak patah balik kolej kan, padahal sejam dua jam lagi kelas lain bermula, satu hal pulak nak menapak mengharungi rumput kemuncup tersebut, pastu mesti korang dan aku akan rasa bosan dan bosan dan bosan dan bosan kan semata nak tunggu kelas lain plak nanti.

so, bagi aku lah sambilsambil tunggu kelas lain bermula, ayuh lah kita buat sebarang aktiviti yang sedikit sebanyak memberi faedah kepada diri kita, yelah, life must go on kan, tak kan nak sedih sedih semata kelas batal kan.

  • Main permainan

yeah yeah, main game , tak kesah lah game apaapa pon asalkan game yang memberi kecergasan pada otak berfikir. kalau aku, aku main game UNO, kadang kadang pergi kelas bawak jer game UNO yang ada gambar snowhite kat depan, buat spare part in case kelas batal, kan heaven siket, dapat jugak release tension.boleh ajak kawankawan main sekali, main ramai ramai kan best, eratkan silaturrahim jugak tuh. :)

 aku punya uno ada gambar snowhite, hek hek, 
aku rasa too much addicted nak main game uno, 
eksaited bila jadi orang 1st cakap uno game, dengan penuh keriakan diwajah.
  • Siapkan tugasan

sedang kelas dibatalkan, boleh lah jugak gunakan masa yang ada dengan buat or siapkan kerja sekolah yang lecturer bagi, masa itu kan emas. so, gunalah dengan sebaik mungkin kan kan kan, in case tak paham boleh tanya kawan kawan yang faham, see, kat situ dah ad pertukaran ilmu, apa yang tak faham di tanya, usah malu malu kucing semata, so,gunalah kelas yang batal tadi, for sure, tak akan adalah manusia dalam kelas tuh and boleh lah amik kita siapkan tugasan yang diberikan, so, bila dah siap, hantar dekat lecturer, lecturer pon suka bila student dia hantar awalawal, rasa nak bagi extra marks jer, haha

  • Hangout kat Library

For sure, aku rasa mamat serta minah ulat buku sahaja yang pergi kot, tapi tak kan lah korang yang happy do lucky tak pergi kan, pergi jer, mana tahu dapat usha mamat serta minah yang cun belajar, susah nak cari mamat ulat buku tapi hensem zaman sekarang kan
. sambil gelak setan disertai nafsu serakah

so, apa kata isi masa kelas batal tersebut dengan menyiapkan tugasasn dimana memerlukan bahan rujukan yang banyak. tak kan lah semata buat esaimen copy and paste jer kan kan kan. thus, janganlah korang dan aku bersikap malas dan gunakanlah kemudahan yang pihak universiti berikan dengan sebaik mungkin. sebab lecturer suka kalau student dia buat esaimen bila banyak rujukan kat buku daripada rujukan kat pak cik google semata.

  • Dating dengan Lecturer

Inilah antara masa yang sesuai untuk korang jumpa lecturer, yelah bukan senang nak jumpa lecturer bila bukan waktu kelas, kadangkadang kita free, lecturer plak tak free, so, gunakan lah masa yang ada dengan jumpa lecturer, in case ada soalan yang tak faham, boleh terus tanya, kalau dah tanya pon and lecturer tuh tak ada kerja, boleh sembang sembang, mengeratkan silaturrahim kan kan. untung nya bila kita rapat dengan lecturer, kadang kala lecturer tersebut akan bagi tips tips penting untuk jawab soalan exam nanti, see, mungkin dah boleh skor 4 flat dah kat situ, kRik3

  • Hangout kat makmal komputer

Cehhh, sementara tengah bersengkang mata tunggu next class kan, apa kata kalau aku sarankan korang untuk pergi makmal komputer, dapat lah jugak facebook facebook, twitter twitter, poking poking, tagging tagging, liking liking, hehehe, tak membazir kan. tapi lagi tak membuang waktu kalau korang cari maklumat pasal esaimen lah, hahaha

  • Belajar berkumpulan

Yeahh, pretty idea kan, study group. study group bukan waktu nak exam jer, tapi sekarang pun boleh, sebagai persediaan awal, mana tahu next class nanti ada kuiz mengejut, at least korang dah study group dengan member korang, see, dapat skor 4 flat lagi kan. maybe korang boleh bincang tentang topiktopik lepas yang lecturer dah jar, yelah, kadang kala dalam kelas ada jugak tetiba mengelamun dalam kelas, megantuk lah, so, cari masa untuk study balik lah. kan nak dapat dean list award !!!

hah, aku memang dah ada anggota study group, kejap bertiga kejap berempat kejap berlima kejap beramai, hahaha, sesapa nak join pon boleh tapi kena belanja mekdi lah, hahahah


  • Dating dengan laki masa depan

ohsemm sungguh lah kalau dapat macam ni, aku pon selalu jer dating dengan laki masa depan aku bila kelas tetiba cancel, yelah, bukan selalu kan, tak salah pon nak dating ni, nak couple pon tak salah, cuma behave lah bila dah ada laki masa depan kan, kah kah kah

oke, silalah tengok gambar laki masa depan aku yang sangat hensem, kacak, semart, gojes, workholic.
dan sila jangan cair oke !

Choi Min Ho, 
ohhh, dia tengah cakap, 
"hey u, saranghae"
HAHAHA



see, aku tengah lapar, so, aku tengah makan, hurmmm, aku makan SNICKERS

sangat sedap, 

HUNGRY??

GRAB A SNICKERS



 gambar ihsan pak cik google kacak

Monday, 2 July 2012

lets break with Kit Kat

Assalamualaikum beby !!!!

haha, sedang perut sedang penuh dengan makanan dan makanan dan makanan serta minuman hatta tidak sesedap makanan dirumah, alhamdulilah, kenyang jugak..

setelah berhempas pulas dengan quiz taxation yang membuatkan aku kekadang tengok kanan kiri depan belakang semata nak memastikan jawapan aku betul ker tidak *macam lah jawapan kawan aku betul sangat, tapi for sure, kawan kawan aku super duper pandai lah, hahaha, dah tak payah belajar dah, boleh kawin pon pon pon

okeh, setelah berpuasa blog selama beberapa hari, aku kembali nak merungakai bait bait cinta, kRik3

well, benda ni terjadi lah pada sahabat kepada kawan kepada saudara kepada mak jemah yang duk kat sungai buluh tuh, *tak payah pikir, korang tak kenal jugak

alkisahnya sebegini rupa lah:


si joyah ini telah berkasih kasihan dengan kekasih nya hampir 1 tahun, memang tengah falling in love sungguh lah, aku yang tengok pon rasa macam nak berkasihan jugak lah. tapi tidak lah. tapi tiba tiba si mamat kucai ini cakap nak break atau bahasa melayu putus. alasan yang diberikan adalah sebegini rupa:

mamat kucai: "joyah, i rasa i tak dapat nak teruskan relationship antara kita"

joyah: "how dare u mamat, how could u do this to me, dulu u cakap, lautan api sangup u renangi demi pertahan hubungan kita"

mamat kucai: "joyah, dulu i memang sayang dekat u, terlalu sayang dekat u, tapi apakan daya, mungkin ini bukanlah jodoh kita berdua, seandainya jodoh kita berdua, kita akan bersama kembali"

okeh, itulah situasi yang dapat aku jelaskan secara kabur kabur semata.

bagi aku, memang lah aku akan marah kalau tetiba tengah sayang kat seseorang then tetibe putus tanpa alasan yang kukuh, and aku sure korang pon maki hamun kan, tapi, sahabat kepada kawan kepada saudara kepada mak jemah yang duk kat sungai buluh tuh, steady nak mampus lah.

 kata dia: ku percaya ada cinta.


bagi aku jugak, aku steady jugak kalo putus dengan alasan sebegini rupa:

  • "honestly, i nak putuskan hubungan antara kita, sebab i dah bosan dengan u, i tak dapat go on relationship kita"


  • "i rasa mungkin setakat ini sahaja yang i mampu teruskan, lets break and be as a friend"

  • "i rasa u mampu dapatkan seseorang yang jauh lagi baik dari i, i doa u akan sentiasa bahagia, mungkin kita tak ditakdirkan bersama, kerana i yakin, akan ada insan lain yang lagi baik dari i untuk u"


  • "i nak putus dengan u, i tak tahan dengan sikap u yang queen control / kuat cemburu, i tak heaven bila couple dengan u"


  • " i tak dapat lupakan kekasih lama i, dia tetap berada di carta hati i sampai bila bila"


  • " i sayangkan u tapi i lebih sayangkan family i, dia tetap yang pertama, lahirnya i didunia dengan family i, tapi family i tak suka u, maafkan i,  i tetap sayangkan u"


haha, aku paling suka part yang last tuh, rasa macam sejuta dalam seribu nak cari. kah kah kah


well, aku pon pernah couple jugak, itu adalah alasan yang pernah aku guna bila aku dah fed up, tapi itukan cinta monye, so, tak salah lah, and for sure, aku rasa ex aku dah jumpa yang seribu kali baik dari aku, haha, aku pon kawan baik dengan dia punya awek, sebab bagi aku, aku dengan ex aku hanyalah cinta monyet semata, bukanlah cinta sejati.

aku suka bila putus guna alasan yang jelas, tak perlu berselindung, sebab bagi aku, bila aku berselindung aku akan rasa bersalah, yelah, tak fair lah macam tuh kan, aku bahagia tapi ex aku tak bahagia. sadiss sungguh aku rasa tahu. *boleh jadi PM dah kot, how much aku take care pasal rakyat


bagi aku: 

kalau korang nak putus sila lah bagi alasan yang kukuh, jangan semata nak tunjuk korang baik sangat lah, gua tak hadap okeh !!!

dan tak perlu lah kalo korang tergedik gedik nak putus dengan alasan sebegini, bagi aku, 

pergi mampus lah korang, damn it sungguh lah, HAHAHA * gelak setan

tak kesah pompuan atau lelaki


" i nak putus dengan u sebab i nak fokus belaja, i tak nak bercinta tapi pelajaran i hanyut"

bagi aku:

oke kalau memang korang memang serius nak putus sebab nak study, tapi tak perlu lah kalau kt fesbuk penuh pulak komen komen dengan perempuan lain, just fokus study kau dah lah, tak perlu lah nak mengayat perempuan lain,

bagi aku jugak, bila guna alasan sebegini rupa, macam memberi harapan kepada si mangsa, konpem lah si mangsa akan terus mengharap dengan si kekasih, yelah, dengan harapan lepas habis belaja terus si kekasih akan kembali kepada si mangsa. padahal si kekasih dah tawar hati dengan si mangsa, so, bagi aku silalah guna alasan yang kukuh lahi gitu dalam memutuskan hubungan.


"i nak putus dengan u sebab i nak jaga imam i, i rasa i dah terlalu banyak dosa, i nak berubah"

bagi aku:

secara sumpahnya aku agak macam tak leh bla lah jugak dengan alasan yang diberikan, mungkin itu adalah tokok tambah semata sahaja, tapi kalau betul, alhamdulilah lah, tapi tiba tiba aku terpikir lah jugak, kalau ko nak berubah and nak jaga imam, mestilah ko sayangkan dia lagi, kenapa tak ajak si mangsa turut berubah. melainkan kalau ko dah tak sayang kat dia kan kan kan !!!

so, fullstop lah dalam mengunakan alasan macam tuh, secara automatik akan tergeli geliman aku mendengarnya, alasan nak berubah and fokus belajar, dah lama ditelan dek zaman.


lawak tak!!!

Joyah: I nak break!!!

Mamat: *hulur kit kat*

Joyah: kenapa ni ???

Mamat: have a break, have a Kit Kat

Hahaha :D