Tuesday 26 June 2012

perempuan vs ketidakstabilan emosi

 Assalamualaikum...

 
saya adalah perempuan, gadis,  wanita

hai, hi, hai, hi..

kali ni aku nak mengedik cakap pasal perempuan. perempuan yang sedang didatangi bulan, i guess u all tahu lah benda alah ni, sebab korang opkos lah pernah mengalami, *sambil muka blushing tahap nak mampuih..

bagi aku yang merupakan seorang gadis aka perempua aka girls aka wanita.

tiaptiap bulan kami akan mengalami emosi yang tak stabil, so, korang yang lakilaki haruslah memahami kehendak kami, tolonglah jaga perasaan kami tiap kali kami tengah mengalami emosi yang tidak stabil.

perempuan ni kalau dia sedanag mengalami emosi yang tak stabil opkos lah dia akan rasa nak marah, geram, menjeritjerit macam setan dirasuk, menangis. sebab emosi diorang tengah tak stabil. suka aku menjelaskan emosi kami tidak stabil. jadi untuk tidak menambahkan emosi kami yang tidak stabil, silalah anda semua memahami kami. *ibarat macam puteri gunung ledang pulak.

btw, aku ada seorang member dimana dia telah mengalami emosi yang tidak stabil sehinggakan boyfriend dia minta putus, heeyyy, tak hot lah nak putus setakat benda alah macam tuh beb !!!!, u tak tahu apa yang kami rasa,

* sambil makimaki dengan muka separuh ketat

aku akui lah jugak kadangkadang kami terlebih over, yelah bila dah ada boyfriend or suami, kadangkadang ada jer benda nak request, nak minta tapaukan makanan, nak coklat, bla bla bla, tapi bagilah kami chance, bukan selalu, sebulan sekali je pon, jangan lah berkira sangat abanggg :))

tapi, korang yang boys patut tahu lah jugak, patut memahami kami, kami bukan nak sangat, tapi itu membuktikan kesuburan kami, kalau kami mandul, korang jugak yang susah, almaklumlah kamilah yang akan menjaga zuriat anda, keturunan anda, kamilah yang akan memberi anda zuriat dengan izin Allah, so, fahamilah kami, jangan jadikan kami period sebagai alasan nak putus or cerai.

kalau korang nak tahu betapa sakitnya kami bila kami mengalami emosi, sometimes rasa nak letak batu atas perut, semata nak tahan sakit, sebab tak nak makan ubat panadol. sambilsambil tangan pegang perut ketatketat dari tulang rusuk kanan ke tulang rusuk kiri, * betapa ketatnya kan kan kan !!!!

korang patut tahu jugak, bila kami mengalami emosi, kadangkadang kami tak larat nak jalan, rasa kebas je 
kaki kami, *sobs sobs sobs

so, aku nak lah jugak mohon jasa anda encik lakilaki, fahamilah kami, kadangkadang kami memang over tuh tanda kami sayang kat anda, yelah cuba bayangkan kalau kami mengedik dengan yang lain, korang mesti tamapartampar, makimaki, sepaksepak, terajangterajang kami, *overrr sungguh lahh



hurmmm, just aku nak kongsi satu tips dari sugar mummy aku, bila kami adik beradik mengalami emosi yang tidak stabil, sugar mummy aku akan panaskan batu sungai tehn urut bahagian perut kami, macam bertungku lah, 

see, kami dah macam wanita dalam pantang, sebab sugar mummy aku memang menjaga habis lah kami sebagai anak dara. :))

Monday 25 June 2012

sentap sentap sentap


Assalamualaikum.

*sila tengok cermin korang makin cantik dan hensem tak, sebab aku rasa aku makin hensem bila ada blog, maybe sebab korang sudi baca kot, kah kah kah


sentap sentap sentap, for sure aku rasa korang pasti pernah rasa sentap kan, most of all, perasaan sentap ni semua orang akan ada, sama ada sikit atau banyak, korang akan pernah sentap sentap jugak kan kan kan !!!!

sentap atau kata lain terasa hati. tak kesah lah dengan sesapa korang nak terasa. bukan kisah aku pon, bhahahahahaha *sambil gelakgelak setan yang penuh dengan nafsu

kalau korang nak sentap, apa motif korang sentapsentap bagai nie, aku pon pernah tersentap tahap nak mampuihh jugak lah, *ayat hiperbola


kawan aku pernah tersentap dengan member dia, maybe kawan dia just nak tegor tapi the way dia nak tegur tak kena, bukan setakat rasa sentap tapi rasa hilang respek, :))


* korang pernah tak terasa bila ada member korang cakap macam ni kat korang sambilsambil korang tengah belek tudung bawal yang memang terkenal dengan kejarangan tudungnya,pulak tuh cakap kuatkuat dengan situasi korang dihadapan dia.

katanya sebegini rupa:

" tak paham lah i kenapa tudung sekarang semua jarangjarang, nak pakai pon tak selesa, dah pakai inner neck pon rasa nampak jer leher"

bagi aku: aku mungkin akan terasa sebab aku pon pemakai tudung bawal, aku tak retis nak pakai tudung lain, rasa tak berbentuk muka aku, and for sure kita pakai somting tuh untuk keselesaan kita, sebab kalau tak selesa kita mesti rasa nak marah jer. kalau nak nasihat sangat lah boleh tapi ikut ways yang betul, jangan duk sound macam tuh, sebab kita manusia bukan nabi, boleh hilang respek kita terhadap dia. i guess lah.

mungkin niat si member nak tegor tapi tak kena, so, aku nasihatkan, nasihatlah elok elok, alhamdulilah, aku agak cair bila member yang nasihat tapi bila boyprenggg nak nasihat, kirim salam lah, gua tak layan lah beb sebab gua single mingle.



*sentap bila ex kita dating, berindu rinduan dengan kawan kita, sentap sangat kan, macam lah tak ada orang lain yang boleh jadi penganti, mungkin dengan member sendiri kita akan sentap, yelah, kau tikam aku dari belakang, selama ni aku cerita dengan ko, ko pergi jalan dengan ex aku pulak, *sambil makimaki.


bagi aku: aku sentap sangatsangat,aku tak boleh terima, cubalah korang tanya manamana manusia, siapa yang tak sentap.

so, nasihat kau kepada si ex:

" silalah cari orang lain sebagai penganti aku, jangan orang yang aku kenal, sebab aku masih sayang pada kau". ceewah ayat, macam ko pulak yang kena :)

nasihat aku kepada si kawan tersebut pulak:

" jagalah persahabatan ko dengan dia, jangan sebab lakilaki ko tinggalkan kawan ko yang selama ni bersama ko".

tapi, kalau dah itu jodoh diorang, korang kenalah terima dengan hati separuh terbuka even bukan semua nya terbuka, for sure, kalau diorang nak kahwin,

buat si ex dan pasangan:

"jangan cari pasal nak buatbuat jemput perempuan tuh, sentap pulak dia tuh".

tapi bagi aku, aku tak akan couple dengan laki yang pernah jadi boyprengg kepada ex aku, baik sungguh aku ni, sejuta dalam seribu kot, hek hek


*sentap sungguh rasanya bila kita suka kat orang tuh tapi orang tuh tak tahu nama kita, padahal kita dah cuba menonjolkan diri sendiri, hahahahaha, yelah, aku tahu aku bukan fasha sandha, ko plak macam artiss, kelab sana sini, aku kelab gossip girl semata sahaja. sobs sobs...^~^

tapi kalau aku sefamous fasha sandha mesti lah aku tak kenal ko, ko siapa aku siapa. aku artis dari london tapi makan budu, bhahahaha. *sentap tak???

*sentap kan kan kan bila kita text dia tapi dia sepatah haram tak balas mesej kita, padahal kita rasa dia tak buat pape pon, sedang bersahaja semata sambil hp ditangan, sentap tak, entah entah dia sibuk mesej dengan manusia lain, padahal kita sedang rerinduan dekat dia, sentap sungguh lah kan

bagi aku:

"depends pada situasi, mungkin dia busy and kena terima hakikat dia dah ada penganti diri kita, so, biarkan lah masa berlalu sebegitu sahaja".


selama mana kita berkawan perasaan sentap memang akan sentiasa ada, tapi kalau korang perasan bila kita terasa pasti kita akan luahkan kat dia, mungkin dia akan berubah, so, perasaan sentap sometimes akan bawak kebaikan, sebab manusia adalah tidak sempurna, mempunyai emosi yang pelbagai, so kita kenalah saling melengkapi, kalau terasa just open dengan dia, tapi kalau terasa benda yang kecik kecik, aku rasa tak payah lah kot, takut makin teruk, so, kena saling terima lah :)) .

tak semua manusia baik, sejauh mana dia baik pon, dia pasti akan buat jahat jugak,
orang jahat pon ada buat baik jugak, tapi kita jer tak nampak sebab luaran dia memang jahat, hanya Allah sahaja yang nampak. :))

impian aku: semoga semua orang sayang aku, keh keh keh

Sunday 24 June 2012

weekend :))

Assalamualaikum...... 
tak jawab dosa masuk api neraka

Hari ni hari apa erkk??? , opsss hari Ahad, maka dengan sukacitanya berakhir lah masa untuk berehat bersenda ketawa bergelak ketawa bershopping ketawa, ohhh, kenapa harus ketawa, haruslah sebab enjoy sangatsangat dengan hujung minggu kan kan kan!!!

bagi aku yang bergelar mahasiswa, hujung minggu adalah hari yang aku tak suka, sebab aku tak dapat pergi kelas, tak dapat melawa, tak dapat jumpa skandal yang suamsuam kuku aku ingat nama dia, jadi aku sangat lah tak suka pada hujung minggu, * sila muntah hijau dengan sekerap yang mungkin, bhahahahahahaha

walaupun sedang beristirehat dengan hujung minggu, kerja sekolah Taxation belum ku sentuh, padahal esok nak kena diskuss, *alahh relax lah beb, kelas pukul 2 kan, ada masa lagi, hek hek

so, korang hujung minggu nie korang buat apa jer?????

hurmmmm, aku baru jer lepas shooping, ohsem sungguh,

 kat mana kat mana kat mana kat mana

kat Mid Valley lah, korang kenal tak, alah, kalau dari Bangi, amik ktm Bangi teros ke Mid Valley !!!!!

ekceli, baru jer balik, lepas solat, terus update entry baru, nak tidur takut nanti jadi gila, tak sempat nak kawin, ishhhkkk ishhhkkkk, kecian :(

hari ini aku kuar dengan kakak sepupu aku, ceewahhh, semua dia support, dari wayang sampai makanmakan, satu sen aku tak keluar, bapak kedekut kan aku..pulak tuh dia siap belanja aku handbag lagi, korang ada tak kakak sepupu macam nie *sedang riakriak tahap gaban

ohh sungguh ku bahagia , 

aku rasa hari ni aku hanya mengeluarkan wang sebanyak RM7.40 sahaja, wahahahahaha, keluar dengan boyprengg pon tak macam nie,

well, kitaorang just tengok wayang man in black, hoho, bestbest cerita nyer, tak ada unsur lucah, kissing kissing yang melampau !!!!! so, aku bagi 5 bintang per 5 bintang**********

so, untuk weekend ni aku sangat hepi, rasa nak weekend lagi, tak sabar nak jumpa encik weekend

*semalam sesaja buatbuat tambah pahala sebab sedar diri sendiri tak banyak pahala,hek hek
  so, semalam pergi masjid, solat jemaah, sambil dengar ustaz azhar bagi ceramah percuma

* hari nie heaven sungguh sebab pergi mid valley ada orang belanja, hek hek, hanya bermodalkan RM 7.40 sahaja. sila jangan jeles

* untuk weekend minggu depan, nak balik dungun lah, dah rasa rindu dekat sugar daddy dan sugar mummy.
pastu nak request sugar daddy masakkan lauk kegemaran, ekceli, sugar mummy i tak pandai sangat masak lauk kegemaran i .

* oke, masa untuk menyiapkan kerja sekolah taxation pulak,

bebai korang. lebiuuuuu <3

Saturday 23 June 2012

korean drama: Rooftop Prince

 
 gambar ihsan pak cik google hensem

saranghae, sarangheyo, saranghae,sarangheyo, saranghae, sarangheyo


Assalamualaikum !!!!

hari ini aku agak gigih dalam menaip bait bait cinta yang tidak kesampaian, hua hua hua,

korang dah tengok belom drama rooftop prince, aku dah tengok, *sambil buat muka berlagak nak mampussss....

btw, aku baru jer habis tengok citer nie, COMEL sangat cerita nie, memang buat aku tergelak, suspen, melting, terkesima, dan lainlain yang seangkatan dengannya..

untuk suh aku review drama ni, memang berjeler jeler lah katanya, xkan lah aku nak cerita dari awal sampai akhir kan , tapi aku berani kerat jari anak patung barbie lah yang korang pasti akan tergelak bagai nak mampus tengok drama ni, bukan apa, awalawal aku dah tergelak bagai nak mampus.* ayat hiperbola semata


rooftop prince nie cerita nyer sebegini rupa:

crown prince yang dari 300 tahun sebelum nya telah selamat sampai pada tahun kita, kira 2012 lah kot, tujuan dia datang sebab nak selidik kes kematian crown princess. sesampai dia di abad 2012, tiba tiba dia terpaksa menyamar sebagai Yong Tae Yong, sebab real Yong Tae Yong telah ditolak dari boat oleh Yong Tae Moo, dorang ni kira sepupu lah kot.

Crown Prine datang ke tahun 2012 dengan 3 orang PA, nama dorang, Yoon Chul, Man Bo, Chi San.. tapi yang paling ohsemm haruslah Man Bo, hek hek ..

mereka sumer datang dari bumbung rumah Pak Ha, Pak Ha nie merupakan adik kepada Secretary Hong atau Hong Se Na. zaman 300 tahun dahulu, Hong Se Na ni adalah Crown Princess.

tapi tetiba Crown Prince ni telah jatuh cinta pada Pak Ha, kalau zaman 300 tahun sebelumnya, Pak Ha adalah Bu Yong. macam macam yang mereka lalui bersama kat atas bumbung tersebut, sampai satu masa Crown Prince dan yang lainlain telah balik ke Joseon, sobs sobs.

 
hahaha, tuh sajelah kot review pasal drama ni, nak lebih lebih silalah tengok sendiri, btw, drama ni drama yang baru dan agak hot lah, drama ni 20 episod sahaja, aku amik masa 2 hari tok habiskan drama ni, kira tak rugilah tengok cerita ni, tak ada part yang lembap, sebab cerita ni banyak buat aku suspen jugak, mungkin sebab aku overexcited kot, hahahahah

part kelakar bila:

* Crown Prine mulamula datang, dorang naik bus tanpa pakai kasut, pakai baju ikut warna lampu isyarat, hahahhahahahhahah, tahan gelak jer, 

 gambar ihsan pakcik google hensem

-hijau: Chi San
-merah: Crown Prince
-biru: Yoon Chul
 -kuning: Man Bo 

gambar ihsan pakcik google kacak
COMEL kan kan kan :))


part suspen bila:

* Yong Tae Moo dah jumpa real Yong Tae Yong, suspen jugak sebab terpikir apa yang akan terjadi pada fake Yong Tae Yong a.k.a Crown Prince.

*bila Yong Tae Yong dan Yong Tae Moo tengah gaduh, mereka bertumbuk. *dalam hati siapa yang menang padahal memang kebiasaannya hero yang akan menang, heeee

part melting bila: 

* fake Yong Tae Yong jaga, buat masakmasak dekat Pak Ha,* ingat senang nak cari laki macam tuh zaman sekarang, heeee :)


 gambar ihsan pakcik google kacak
depa duk beli couple ring, heee :))


dats all lah, aku berani kerat jari kaki patung barbie, u all akn suka dengan cerita nie, 

bebai :))    

Friday 22 June 2012

rumah vs hostel

Assalamualaikum...
sila jawab kalau tak anda berdosa tau !!!!

sedang mulut tengah mengunyah kuih bangkit, jari jemari sedang rancak menaip tiap bingkisan ayatayat cinta, otak yang sedang ligat berpikir tentang idea yang sedang membuak buak untuk diupdate sebentar cuma sambil mendengar lagu nasyid, insaf dah aku nie,

entry kali ni aku nak membincangkan tentang rumah dan hostel

gambar ihsan pak cik google kacak



gambar ihsan pak cik google kacak

aku berani kerat jari patung barbie, yang korang memang suka duk kat rumah berbanding hostel kan, yelah duk rumah dekat dengn family, bagi aku yang memang ada penyakit kegedikan kegabanan kehomesickan yang tahap mengada ngada, memang rumah adalah pilihan aku, biarpon kadang kadang aku dimarah oleh sugar mummy aku, sugar daddy aku jarang marah aku taw..heeee :))

dalam hati *alangkah bagusnya kalau belakang KUIS ni dungun, hahahahaha,

aku suka duk rumah bila aku dapat request macam macam, nak makan, senang jer, petik jari jer, aku cakap kat sugar mummy aku, then sugar mummy aku akan buatkan, sebab aku tak pandai masak sangat, *jujur

alasan aku tak pandai masak: "aku nak masak samasama dengan laki masa depan aku, kira dia orang pertama yang akan rasa masakan aku", *sweet kan aku, sejuta dalam seribu kot, hahahahahaha

tapi bila duk hostel, suma benda nak kena pikir, nak beli barang dapur pon , cari yang paling murah, yelah, saving kan, hahaha, so, kalau barang barang dapur memnag kami menjelajah ke TESCO or GIANT lah, murahmurah..dapat save duit, lebihan duit boleh buat modal nak tengok wayang !!!!!

tapi part yang paling aku suka duk kat hostel bila aku nak tidur petang pon xda suara nak marahmarah, tapi kalu aku duk rumah, nak pegang bantal waktu petang pon, sugar mummy aku dah menjeling jeling, heee...

gambar ihsan pak cik google kacak

katanya, anak dara tak elok tidur petang, tak comel. tapi bila duk hostel, tiap kali balik kelas, katil lah port pertama yang aku cari, hahahahahha, enak nya tidur petang...

heaven jugak duk hostel bila nak bangon lambat pon boleh, tak macam duk rumah, lepas subuh aku teros buat keje rumah, tu pasal lah, ada jer makcik makcik yang tanpa segan silu bertandang kat rumah aku, nak masuk minang aku lah tuh, * over kejap.

.aku berani kerat jari kaki patung barbie, kalau aku berani bangon lambat tanpa alasan yang kukuh, sugar mummy aku akan berleter panjang, bukan sugar mummy jer, tapi sugar daddy aku pun,

kata mereka.: "tidurlah lepas subuh, rezeki susah ank masuk". sobs sobs.

tapi aku tak suka duk hostel bila aku rasa subuh aku ada jer yang over, subuh dinasour lah, tak heaven lah macam nie, alarm dah letak, tapi tak retis retis jugak nak bangon, padahal tiap malam dah baca doa tidur, siap hembushembus biar setan tak berani dekat, tapi ada jugak subuh dinasour, tapi bila duk rumah, sweet sangat, sebab subuh selalu on time, berani pulak nak lewatkan subuh, terok lah aku kena tibai dengan penyapu nanti...kadangkadang solat subuh jemaah, seronok sangat, kadangkadang jemaah kat masjid tak pon kat rumah, teringin nak balik !!!!

 gambar ihsan pak cik google

itu sahaja lah kot untuk hari ini, malas nak taip panjangpanjang, tak larat, hahahhahahahhahahah !!!* gelak setan plus pontianak.



ekceli , aku nak balik minggu depan, sebab kawan aku dah nak nikah, sweet kan nikah mudamuda, :))

 

so, buat kawan aku naja, insyaAllah aku akan balik untuk weeding korang, sambil mintak sejemput dua keberkatan korang, hahahaha. !!!!

Thursday 21 June 2012

muncung bacirikkk

Assalamualaikum.....


untuk entry kali ni aku nak cakap pasal muncung bacirik, bukan kerana mulut yang muncung semata, tetapi kerana kepetahan dalam berkatakata disertakan dengan suara yang nyaringggg sangat, dah lama tak update sebab aku jenis lembap bab menulis tapi kalau cakap rajin jugak, hahahahhaha. :))


 kami bukan muncung disebabkan ini okeh, kami muncung sebab lain !!!

btw, muncung bacirik ni adalah gelaran kepada genggeng kami, opsss bukan geng upin dan ipin, we all dah besar taw, ekceli aku dah berkawan dengan muncung bacirik ni sejak asasi lagi, rasa hepi sangat kawan dengan mereka, sebab mereka gojes, hot stuff, vogue, gedik, getek, baik, pandai, dan kitaorang still berkawan macam dulu even sekarang dah tak sama course, tapi percayalah, ikatan persahabatan kami never end, rasa nak kawan sampai syurga :)

nama mucung bacirik ni muncul diatas sebab kami suka bercakap, bukan sebab kami tangkap gambar sambil buat muncungg taw. pehlisss lah, tak hot buat macam tuh, :P

oke, aku nak memperkenalkan spesies muncung bacirik ini:

muncung bacirik pertama...

  NOOR FAZLINA, Accounting students.

aku dan dia pernah sebilik waktu last asasi sem 3, kalau nak cakap gaduh tuh, rasa nyer harihari gaduh jugak, sebab berebut nak mandi even dalam bilik ada toilet, banyak gak sebab kami gaduh tapi tak pernah lama, dalam 5 saat kami dah berbaik, kami gaduh gaduh manja gituh, dia ni selalu tolong aku dalam pelajaran, orang nya pandai, cantik dan dia suka dengar masalah aku sampai sekarang, air mata meleleh, hingus meleleh dah biasa sangat lah, kami mungkin banyak persamaan, hurmmmm, maybe sebab mak kami jenis sama citarasa n peragai kot, macam mak aku tak suka aku couple, and mak cik hasnah pon tak suka jugak couplecouple nie, so, mungkin ni adalah sebab kami masih single, hahahahhaah, aku senang bercerita dengan dia sebab kami mulut main lepas jer, memang tak ada insurans lah kot, tapi kami hati baik, hakikat dan realiti.

muncung bacirik kedua..

 NURUL AFIQAH, Islamic banking students

dia ni selaku roomate aku lah, mulut dia bising 24/7, suka cakapcakap tapi benda faedah lah, ehhh yeker.. member aku yang sorang ni memang akan setia dengar aku bercakap, aku dengan dia satu course, kami selalu study sesama, sejak dari asasi lagi, and kami selalu akan satu group dalam presentation and esaimen, cuma sem ni, subjek mesia economy, kitaorang pisah kejap, sobs sobs. member aku yang ni dah berpunya, so jangan mimpi lah nak usha, boyprengg dia kawan aku jugak lah, member aku yang ni selalu teman aku pergi manamana, tapi kadangkadang tak jugak, cuma yang pasti tiap malam dia teman aku pergi toilet, baik kan member aku, sangop korbankan masa tidur semata demi aku, padahal mesti dia caci maki aku, hahahahahhahah, btw, member aku yang ni suka bercerita, so, hidup tak akan bosan lah, sebab harihari bercakap, hurmmmm, selaku roomate aku jugak, dalam pemakaian aku dia akan cakap oke or tak oke, match or tak, kiranya macam perunding imej yang tak berbayar lah. member aku yang ni berniat nak sambung master ke Cairo or UIA, so, aku memohon jasa baik korang supaya mendoakan impian dia.

muncung bacirik ketiga..

 NURUL SABARIAH, Islamic banking students

aku lah kot, hahahahahahahhaah, tak payah cerita lebilebih sebab aku pantang kena puji, rasa nak kembang semangkuk jer, cukuplah tahu aku sayang sangat muncung bacirik ini,

muncung bacirik keempat..

FATIN HAZWANI, Accounting students
 
orangnya memang sopan, baik, beradab, selalu jugak aku merintik, merengis atas bahu beliau, sampai melecun habis lah, atin macam pika lah, dorang suka masakmasak and aku dan faz suka makanmakan, pernah sekali waktu asasi, kami berdua purapura tidur and atin, pika lah bertungkus lumus masak, bila atin ketuk pintu bilik, sambil buat muka tak bersalah, cakap ''sory, letih tadi, korang masak apa jer,'' bhahahahhahahah.. * sory atin sayangsss..

muncung bacirik kelima..

dia ni adalah yang teralim dalam geng kami, seorang yang berpurdah, cuma kami je lah yang masih setia dengan shawl, and tudung bawal, tapi iman tak menjanjikan kita untuk memilih dalam bersahabat, kak hawa ni tua setahun dari kami, tapi kami langsung tak pangil dia kakak, sebab rasa macam gap jer, lebih suka pangil hawa jer, and dia pon oke jer, part paling aku sweet bila akhir sem kami akan solat berjemaah, dia akan jadi imam. aku memang tak layak lah nak jadi iman, faz lagilah, spesies aku je tuh, cuma kami masih belajar sebab ilmu agama tak berapa nak cukup lagi, tapi yang pasti pika boleh jadi imam, sweet sangat bila teringat zaman dulu, rasanya nak senyum melebar 6789365756478392 inci jer, hahahaha

untuk gambar kak hawa, selaku muncung bacirik kelima, memang tak akan ada gambar lah selaku aku menghormati beliau, heee


itulah sahabat aku dari asasi sampai degree, yang lain ada lagi tapi start rapat waktu degree, so, untuk mereka pulak, next entry kot sebab jari aku dah kematu sambil tak tahan gelak teringat nostalgia zaman dulu kala. bagi aku, berkawan dengan dorang banyak mengajar aku, aku jadi lebih cekal, tuff, hahaha, dorang adalah sahabat kuis yang aku sayang, banyak rintangan dan halangan yang kami lalui, gaduh perkara biasa, tapi kami sayangkan persahabatan kami, terlalu sayang, mungkin tanpa dorang, aku tak tahan nak belaja jauh dari family,

secebis kenangan!!!!
  • selalu pergi kelas lambat, dalam kelas selalu kena banned sebab mulut tak behenti cakap, even lecturer tengah ajar kat depan, kami buat usrah kat belakang.
  • jalanjalan sambil ketuk pintu bilik orang pastu lari lari, heeee :)
  • kami selalu diassabiah oleh budak kelas, sobs sobs
  • study last minute..tapi study sesama, tolong sama tolong, besa aku ajar bab math lah sebab aku agak terer *tak nak puji tapi cam tuh lah, faz akan ajar bab membaca, dia akan bagi pointpoint, pika ajar bab islamic, memang dia super duper terer lah.kami samasama tolonglah!!!
  • masakmasak, kemas dapur, sweet nyer
  • kitaorang punya presentation or lakonan mesty gempakgempak, speaker orang lain guna satu, kami extra, guna dua, sebab dulu ada skandal dengan budak IT.

    *banyak lagi, tapi tak tahan nak taip dah, heee :))

    sengaja upload gambar waktu asasi, biar comot pon korang, aku pon comot jugak, sengaja nak ingat zaman asasi, yang selalu dianaktirikan

Friday 15 June 2012

indahnya kahwin muda !!!

Assalamualaikum

sedang update entry baru, hati pon rasa senang yang amat sangat, baru selesai isi perut, ohhh, tadi masak sardin dengan encik roomate, alahai, simple jer lah lunch kami, tak ada masa nak beratur beli makanan kat first cafe, so, menu kami hanyalah sardin and budu..korang ada budu, btw, budu aku import dari dungun okay !!!!


hari ni aku rasa nak mengedik dan mengetek tahap gaban lah, ceewah, tajuk pon macam agak menarik tertarik and memang debomm lah sangat kan kan kan !!!!

sebenarnya aku baru selesai buat buat kat fesbuk tuh, alahai korang like link ni okay !!!


okay dah tekan link tuh then korang tekan like lah, so korang akan dapat lah apa yang rambang itu, keh keh keh...

so, aku saje nak membajetkan diri tahap gaban nak cakap....aku dah try pon benda alah tersebut, and keputusannya adalah.......


 hasil yang pertama benda alah ni cakap : den dah ado rumah, kereta , semua ada, ekau nak apa lagi ...

so, melalui pemahaman aku lah yang idok seberapa dan tahap kegabanan aku yang super duper tergedik dan tergetek, facebook ni menyatakan bahawa aku patut nikah awal sebab semua kelengkapan asasi aku dah lengkap, meaning, aku dah ada rumah even bukan banglo, kereta even bukan toyota swift.

  tapi kan ayat dia macam ayat orang negori jer, eden seriau jugak lah !!!!! , kah kah kah, so, depa cakap aku kena nikah awal, syok jugak kan :)



oke next aku buat benda alah ni dua kali, second ni dia cakap: ada lamborgini dua bijik, nak bagi kat isteri satu,

 ohsemmm sungguh lah laki masa depan aku, take care gila nak mampus pasal aku kan kan kan !!!! kelassss sungguh kalau aku dapat drive lamborgini nie, alorrrr. korang silalah jeles !!!!!


 okay, inilah lamborgini yang laki masa depan aku nak bagi kot, tapi kalau dapat aku nak kaler merah, mengancam kan kan kan kan, :)
 

aku buatbuat dua kali lah, nak tengok tahap penipuan mereka ini, alar benda ni just sukasuka jer kan, tak boleyh percaya sangat lah, sebab rezeki, jodoh, pertemuan semua dah ditentukan okay !!!. andai korang dapat yang tak best macam aku, korang jangan nak buat niat korang bunuh diri pulak yer, tak baik tau...

okay, korang pon silalah buat sendiri, mesti rasa nak gelakgelak kan :)

Thursday 14 June 2012

Tips kebahagian


Assalamualaikum.....

Hohoho, hari ni aku nak cakap kebahagian , bagi aku kebahagian itu PENTING yang amat sangat lah, bila kita bahagia hidup pon senang, tak ada masalah EVEN sebenarnya masalah itu bertimbun timbun dalam kepala. And bagi aku, bila kita bahagia pon, nak SENYUM pon rasa macam ikhlas jer, xda nak senyum monyokmonyok, sentap habis bila member tengok senyuman monyok kita.and bila kita ikhlas dalam senyuman, macam kita bagi SEDEKAH lah jugak, sebab senyum kan sedekah, ishhhh, xtaww ker, bahahhahahah

cuba tengok mr.Spongebob, even ada masalah dia sentiasa senyum kan kan kan


Bagi aku kebahagian itu datang bila:

  • dapat tidur dengan nyenyak, tanpa ada sebarang gangguan hidup, seperti henpon yang gigih berbunyi mintak diangkat. Pastuh tidur itu nyenyak bila kita jenis tidur lasak, habis semua bantal, henpon jatuh bawah katil, heaven kan kan kan, nikmat sungguh kalau dapat tidur macam tuh, PULAK tuh kan, bila kita tidur dengan member kita, kita main sepaksepak tendangtendang dorang, aduhai , satu kenikmatan hidup lah. So, bila bangon cakap kat member, "sory sory, aku tidur lasak semalam, korang oke tak, hehehehehe". 



  •  dapat makan dan makan dan makan tapi berat badan tak naik naik, heaven sungguh lah bagi sesapa yang jenis metabolisma tinggi, makan takat mana pon , jenis badan tak naik, rasa 24/7 hidup dengan makan jer, pulak tuh kan, bila dapat makan makanan feveret macam spagethi carbonara, HEAVEN sungguh hidup. lepas makan spagethi carbonara  dapat makan aiskrim..hohoho, best nyer hidup, rasa nak hidup lama jer.


    I love this with lots of cheese inside!
     
    banana split, vanilla, chocolate and strawberry aiskrim, delicious yumyum

  •  dapat kawan yang super duper nampak jahat dimata orang yang nerd, tapi super duper nampak baik di mata kita, even mulut macam puaka, tapi hati baik. jangan mulut sopan, tapi jenis berdendam. NO LARRRHHH, damn much betullah  spesies manusia macam nie.So far, kawankawan aku jenis mulut macam PUAKA, tapi hati BAIK sangat. sebab mulut jer lah macam puaka kan kan kan kan.

    KAMI, mereka sangat baik even orang lain nak cakap KAMI OVER!!!!. bhahahahahah

    itulah antara tips kebahagian yang aku reka sendiri melalui pandapat aku, TAPI kita harus ingat, macam mana nak bahagia sekalimana pon, kita harus ingat ALLAH, IBUBAPA, and berbuat baik sesama manusia.
     
nota kaki: tak perlulah kita berdendam bila kawan kita nasihatkan kita, maybe kita jenis sukar nak terima nasihat orang, tapi jangan berlagak yang diri kita perfect. kawan kawan aku memang suka nasihatkan aku, sampai ada masa, kita orang akan kumpul ramairamai and cakap apa yang berlaku and mintak nasihat. sweetkan aku dengan kawankawan aku,...

Tuesday 12 June 2012

Laki Masa Depan

Assalamualaikum

hohohihi..bukak bukak belog nampak macam agak comel dah, tengs lah kt kawan aku yang gigihtekun buat macammacam comel kat ak pyer belog kan kan kan, sebab aku tak pandai, hanya pandai makanmakanmakan tapi badan tak gemuk, biasalah IM NOT BUNCET, MY STOMACH IS 3D OKAY!!!, bhahahahahah, 

sentap hati korang kan bila aku tak gemuk,biasalah metaboilsma tinggi, *sumpah berlagak nak mampos kau nourul :P . hari ini aku nak MENTION aku agak terkembang terkempis jugak lah bila kak YUYUZULAIKHA aka XUXU ZABEDAH cakap aku kuruihhh, *terkembang terkempis secara semulajadi tanpa dipaksa oke 

entry kali ni aku nak mengedik gedik, mengetek getek nak cakap pasal laki masa depan aku, ohsem sungguh laki masa depan aku, aku rasa kawan rapat aku dah tahu sangat lah laki masa depan aku, nah aku tunjuk kat korang TAPI ploissshhhhh jangan rampas dia dari aku, tolonglah bagi aku chance nak hidup semati dengan dia. memperkenalkan.............
LOADING...........................

loading..................................

LOADING.........................
 
loading................................. 

Choi Min Ho, aku sumpah adore dia nak mamposs, even nak tidur konpem tengok gambar dia, seyes tak tipu.

 kepada encik laki masa depan, jom lah belajar cara melamar yang sumpahsumpah gyla romanti, aku memang melting habis bila encik laki masa depan buat macam ni: 


*  kan best kalo lamaran daripada awak macam neyh:

" awak bawak saya pergi makan kat hotel yg ad banyak banyak bintang , makan2 , minum2 , sembang2 , then awak order desert aiskrem , sambil saya kuis aiskrem tuh , tetbew saya terjumpa sebentuk cincin lam aiskrem tuh , macam movie dalam hollowood laa awak :))

  • " oh noo awak, tengah tengah kuis aiskrim tuh, ada cincin dari awak, im got melting awak"

    kalo awak proposed cam neyh pon okeh jugak , 

    " saya dpt posto kat rumah ,  bukak bukak parcel ade video cam, ada video awak lam tu.. awk punya muka comel beserta kad, bunga, cokelat, tulisan2 sume tuh n gaya awak melamar saya lam video tuh.. alahhh, mcm yg tgah famous kat you tube hari tuh. sape xcair makk kalau dapat proposed mcm tu.. heee , nak jugak nak jugak"
     

    sila tekan link diatas untuk keterangan yang lebih lanjut

    * dan mesti saya akn ingat sampai mati kalau awak lamar camgini lak

    " tgah crowded tempat orang ramai (party @ ape2 function lew) tibe2 awak naik stage, amik mike, suruh DJ buat lagu slow meloww then awk buat kata2 cinta sikit before masuk ayat BE MY OTHERHALF, will you baby?... auch, sweet kan? pastu semua sorak YESSSSSSSSSSS!!! "

     
    *tapi lagi laa rasa mcm nak terkeluar jantung kalau awk buat 


     " kiss forehead, melutut then keluarkan cincin dr poket baju kot, then says WOULD YOU MARRY ME?.. yeahhhh, its lame but benda old skool tulah korang xpenah rasa kan?.. dan ia nampak sangat sweet okeh. trust me "

    * tapi yang sure melting habis bila awak....................

     "  tempah satu seoul untuk saya , then awak panggil choi min ho yang shinee lucifer tuh , woooo () datang sambil dia bawak cincin yang awak nak proposed saya tuh . hurmmmm *even kalo minho oppa nak kat saya pon saya tetap sayang awak jugak *  bhahahahaha.........then min ho bawak cincin tuh spotlight ke arah awak yang sedang berjalan ke arah saya , then awak amik cincin tuh dari minho oppa , awak sarung cincin tuh kat jari manis saya ..auuwwwmmmmm :)) , sumpah MELTING habis saya wak , heeee
 *dan of course lamaran yang akan buat saya pengsan, bangun balik, then pengsan balik adalah

 " teet teet, new message receive  - 5 minit lagi saya sampai umah awk, salam ibu ayah awak, mintak kebenaran bawak awak g umah tok kadi eh. dah, jangan ulang bace msg ni. ni bukan mimpi. pegy mandi n pakai bju kurung yg pling latest. sat g saya sampai... love you baby-  *sumpah saya pengsan! tp walaweh, saya nak yang ni jugak , nak jugak . simple jer tp menusuk ke lobangg jantung yang paling dalam kot.....


  • ceewahhh ko nourul, melampau request yang lebih lebih, tapi kalau tanya aku yang mana paling aku nak bila laki masa depan aku tempah satu seoul untuk aku, oker, hanya untuk aku sahaja, korang tak dapat..bhehehehehe...and saya nak jugak yang paling last tuh, melampau sungguh ko nourul, ada aku kesah, wateva lah,  
 tapi walau betapa aku nak sekalipun, kalau bukan rezeki aku, tak dapat jugak kan sebab kita hanya mampu merancang dan yang menentukan adalah Allah s.w.t...

oke kawan, selamat untuk mendoa aku ketatketat supaya aku dapat buat master kat luar negara and dapat PHD sebelum umur aku 30 tahun, 

nota kaki: kalau lah laki masa depan aku pandai masak, tak payah bagi wang hantaran pon takpe :), haha
  

Monday 11 June 2012

final year, INSYAALLAH !!!

Assalamualaikum 
si gadis yang cukup kacak dan si jejaka yang cukup cantik, kalian akan bertambah kacak dan cantik setelah membaca belog aku, kalau korang still tak cantik nak buat macam mana kan, TAPI kena ingat kita semua memang CANTIK!!!

hari ini aku agak hepy lah jugak walaupun xbopa nk hepy lah, rasa sakit hati menyengat sengat kat ulu hati asperogos :( , hahahahha, tapi life must go on bebeh :))


  SENYUMLAH dengan penuh keikhlasan kerana itulah KECANTIKAN yang super duper boommmm kebabooo !!!! heheheheh

semalam aku telah membajetkan diri kononkonon nyer malas nak pergi kelas pukul 10 pagi, tapi entah kenapa aku terbangon awal seawal yang mungkin, 7.45 pagi then tak dapat nak tidur padahal aku dah aim konpem aku bangon lambat sebab semalam aku tidur pukul 3 pagi...bhahhahahah.
* maybe Allah nak aku pergi kelas jumpa lecterur, kawankawan, sekandal dalam kelas yang aku dah suamsuamkuku ingat nama dia (sedang gelakgelak setan plus pontianak) keh keh keh

masuk jer kelas, lect dah sampai, *kelas ko nurul, lambat ko sampai kan, mesti ko jalan tergedikgedik nak ngorat abang masjid kan sebab ko kan muka masjid tiaptiap sem  ^_^

 mukamuka yang selalu pergi masjid tiaptiap sem, bukan semata untuk diisi dalam borang usrah :)

HAHAHAHAHHAHAHHAHAHA (mengilai separuh nak mati)

aku sekarang dah berada ditahun akhir, INSYAALLAH, degree aku buat 3 TAHUN jer, sekarang pon hanya tinggal 13 subjek jer sebab sumer nya telah ditarik dengan troli sewaktu sem mudamuda dulu, sebab dulu bajet nak kawen awal lah !!!

SO, aku dengan bangga nyer nak cakap lah bersempena keberadaan aku di tahun akhir di KUIS tercinta ini, inilah sebanyak mungkin list azam tahun baru aku: *sila senyum tiga dulu , :3

  1. nak pakai matric card tiaptiap kali pergi kelas, selama ni beg jer yang pakai matric card sebab takut garagara tercicir matric card, so far, sepanjang aku belaja kat KUIS dah 2 kali hilang matric card. *tapi hari ni tak pakai, mungkin nak stat pakai esok kot :) 
    gambar ihsan pakcik googlel yang kacak
  2. basuh baju tiap kali nak mandi, setiap hari, kalau duludulu, 2 hari sekali basuh baju, tapi sem ni tiap hari nak basuh, sebab nyer, bakul baju ada orang curi.. sobs sobs T_T , tak apa aku halalkan serta sedekahkan bakul itu *walaupun dalam hati, aku terus memakihamun makhluk tersebut :3
    gambar ihsan pak cik google yang kacak
  3. lepas subuh tak nak tidur, nak jogging ker, main tali skipping ker, sebab rasa macam membesar tapi IM NOT BUNCET, MY STOMACH IS 3D OKAY!!! ini idea roomate aku yang tercinta tersayang terbusuk termasyam, part ni agak susah nak buat kan kan kan, tapi aku rasa boleh kot sebab cuti barubaru ni, pas subuh aku tak tidur, aku buat sarapan lagi. :) 
    roomate yang selalu bawak aku merata tempat, bhahahahhahaha
  4. nak datang kelas awal awal, selalu aku datang bila lect dah masuk kelas, kadang kadang lect dah stat mengajar pon ada, hehehehehe, nasib baik lect aku baikbaiksayang jer, tapi hari ini aku masuk kelas lewat gak, pukul 10.15 baru smpai kelas. :P
  5. nak rajinrajin study, habis kelas, balik bilik terus buat revision, no more korea, sebab aku nak score 4 flat lah, jeles bila 2 bijik member aku dapat 4 flat, tapi berbaloi lah dengan usaha mereka yang rajin study, aku dapat 3.92 jer, tuh pon berkat usaha roomate aku jugak yang tak kebal dengan bebelan: " nurul, jom study," walaupun aku punya malas tahap gaban dan bakal menjadi super duper gaban. terima kasih roomate :))
    sumpah buatbuat jer, kah kah
  6. nak belaja makan ikan KELI, u know, aku tak pernah makan ikan keli, kira baru nak bertatih lah makan ikan keli, dulu waktu asasi aku pernah makan ikan keli, sumpah, aku telah mengalami demam dan muntahmuntah yang teruk, agak nya aku alah dengan keli lah kot, * ohsem dan kacak sungguh aku kan sampai tergedikgedik plus tergetekgetek dengan alahan ikan keli.
    ikan keli masak berlada ala thai

Saturday 9 June 2012

ohnurulireallyloveyoudamnmuch

Assalamualaikum CINTA

muslimah kan kan kan


ceewah permulaan ayat yang agak tak boley bla kan kan kan si CINTA CINTA lagi, sapa lah cinta hang nourul oiii!!!! DAMN IT * tak payah nak buat buat gelakkan aku yang masih sedia ada mentah lagi belom cukup umur dan belom cukup baligh dalam dunia berbelog  ini.. 

 bhahahhahahahahhahahahahha
padan muka kalian

oke sekarang aku nak story kat sesapa yang rasa ada telinga *even aku tahu korang bukan dengar pon tapi membaca..oke, suka untuk aku tekan kan disini, korang tidak mendengar TAPI membaca..bhahahhahahahahah *sedang gelak setan plus pontianak lagi dan lagi dan lagi

cerita pertama...

perkara yang membuatkan aku kembang kempis lubang hidung aku, tahap keBANGGAAN aku yang sumpah tahap GABAN..*dalam hati " kalau gaban tuh hidup lagi, aku kot yang jadi super duper gaban"...hasil belog aku yang pertama sudah mencapai 42 views dan 2 posts, hahahahaha, *dari tadi aku asyik bukak belog aku and tengok dah berapa ramai views aku....bhahahahahhahahah (aku sedang gelak setan plus pontianak) ...nampak sangat kan tahap keGABANAN aku..dan ada aku kesah korang nak cakap apaapaapaapa...bwelkkkkk :P

bagi aku yang masih muda,belom baligh, hal sebigini sedikit sebanyak membuatkan aku terkembang and terkemping dengan sendirinya, bukannya dipaksa semata !!!!!!

dan disebabkan itu juga, aku dengan bangga nyer, *sambil goreng pisang yang sudah suam suam suku dimasukkn didalam mulut* menyatakan aku sangat gembira,...tiap kali bukak laptop jer, tengok dah berapa views...kah kah kah kah !!!!!! oke stop gelakkan aku..

oleh kerana aku terlalu gembira di saat ini, aku telah mengupdatekan sekali lagi, sebab, aku nak share dengan korang korang yang cantik dan kacak..* korang mesty bertambah2 cantik dan kacak kan lepas baca belog aku....keh keh keh keh....well, biasalah aku tadak sesapa nak cerita tentang hal gembira aku, member aku tadak disisi aku kala ini, tak retis retis lagi nak balik kolej...arghhhh DAMN IT !!!!

cerita kedua...

oleh kerana aku terlalu muda, belom baligh dalam dunia ini, aku tak retis nak follow blogger lain, sebab aku tak pandai, *tapi kalau suruh aku kira maths, INSYAALLAH akan aku usahakan...*bajet kan aku...wateva lah!!!..aku minta jasa baik anda yang cantik dan kacak untuk mengajar aku, dari petang tadi aku online, aku godek dan godek dan godek belog yang dasatdasatdasat tapi tak ada butang follow..*kesian kan aku..sobs sobs sobs T_T

aku yang kaler MERAH tuhhh


aku hanya mampu menadahkan 11 jari termasuk ibu jari kaki sebelah kanan, memohon tunjuk ajar dari kalian semua supaya meneruskan tunjuk ajar kalian dalam mengajar aku yang kurang diajar akibat terlalu malas belajar dahulu kala,,,,dalam hati *padan muka korang, terpeliat tergeliat membaca. ( sedang gelak setan plus pontianak lagi)

cerita ketiga...

aku ingin memberi penghargaan yang tidak ternilai buat sahabat baik aku yang telah berjaya membantu aku dalam memiliki sepasang belog yang suam suam comel...beliau adalah NURMUNIRAH BINTI DOT DOT DOT.. hehehe, ekceli, aku dah lama ada belog tersebut tetapi disebabkan tak pandai kurang belajar belog aku hanya terdiam sepi semata, dan beliau lah yang menyiapkan belog aku. tengss kawan...love u damn much lah cam neyh, rasa nak comolot jer <3 <3 <3

oke, ini adalah aktiviti kami semalam. makan dan makan dan makan dan makan di PAK LI KOPITIAM,SHAH ALAM.

makan makan kat sini murah saja, sedap sambil menjilat jari dan kami berdua order makanan yang sama
blackpaper chicken chop with rice

sedang buat buat order, padahal kat sini kita just tulis atas kertas then bagi kat lakilaki kacak yang lalu :P


susah untuk aku jelaskan dan terangkan mengapakah kenapakah akan wujud kelibat makhluk Allah yang lain dibelakang aku...
suapan pertama yang dimulai dengan ungkapan bismillah...yuhuuu..chicken chop with rice
tapi aku tak habis pon makan rice aka nasi

beliaulah yang gigih membawa aku merayap dan merayap mencari sesuap nasi dan beliau lah yang membantu aku dalam mempunyai belog yang suam suam suam kuku comel nyer



BERJINAK JINAK DENGAN BLOG !!!!  

setelah berhempas pulus aku bikin belog, akhirnya telah berjaya...yuhuuu....sumpah sangat seronok, rasa macam tak nak lunch jer hari ni *even member dah post kat wall fesbuk suh siap2 nak lunch*...kejap aku mahu puasa dulu lah..nak update blog pertama,,,ceh *macam malam pertama, hahahah, wateva lah...!!!!!

so sekarang dah ad belog pon,rasa puas, bebas nak luah apa apa saja, orang cakap blog ni macam diari!!!!

well, nak luahkan pendapat tentang isu semasa pon boleh kan kan kan !!!!!!!

kalau cakap pasal pendapat neyh, aku paling seronok nak baca blog namee roslan ,mynameisnamee, so far aku baca, aku memang puas hati betol lah, rasa macam nak baca hari hari, nak godek hari hari blog dia...hahahaha *sumpah tak menipu

oke, perkenalan diri sendiri, bhahahhahahahahhahaah

 oke lah bersempena hari pertama, detik pertama ada belog, tak nak membebel panjang panjang, saja nak cakap : ''hari ni aku hepy, sebab dapat tulis blog, ''. hahahahahahahaha

 

 nota kaki: rindu nyer nak berbaju kurung pergi kelas, jalan sesama kawan <3 <3 <3