Thursday 21 June 2012

muncung bacirikkk

Assalamualaikum.....


untuk entry kali ni aku nak cakap pasal muncung bacirik, bukan kerana mulut yang muncung semata, tetapi kerana kepetahan dalam berkatakata disertakan dengan suara yang nyaringggg sangat, dah lama tak update sebab aku jenis lembap bab menulis tapi kalau cakap rajin jugak, hahahahhaha. :))


 kami bukan muncung disebabkan ini okeh, kami muncung sebab lain !!!

btw, muncung bacirik ni adalah gelaran kepada genggeng kami, opsss bukan geng upin dan ipin, we all dah besar taw, ekceli aku dah berkawan dengan muncung bacirik ni sejak asasi lagi, rasa hepi sangat kawan dengan mereka, sebab mereka gojes, hot stuff, vogue, gedik, getek, baik, pandai, dan kitaorang still berkawan macam dulu even sekarang dah tak sama course, tapi percayalah, ikatan persahabatan kami never end, rasa nak kawan sampai syurga :)

nama mucung bacirik ni muncul diatas sebab kami suka bercakap, bukan sebab kami tangkap gambar sambil buat muncungg taw. pehlisss lah, tak hot buat macam tuh, :P

oke, aku nak memperkenalkan spesies muncung bacirik ini:

muncung bacirik pertama...

  NOOR FAZLINA, Accounting students.

aku dan dia pernah sebilik waktu last asasi sem 3, kalau nak cakap gaduh tuh, rasa nyer harihari gaduh jugak, sebab berebut nak mandi even dalam bilik ada toilet, banyak gak sebab kami gaduh tapi tak pernah lama, dalam 5 saat kami dah berbaik, kami gaduh gaduh manja gituh, dia ni selalu tolong aku dalam pelajaran, orang nya pandai, cantik dan dia suka dengar masalah aku sampai sekarang, air mata meleleh, hingus meleleh dah biasa sangat lah, kami mungkin banyak persamaan, hurmmmm, maybe sebab mak kami jenis sama citarasa n peragai kot, macam mak aku tak suka aku couple, and mak cik hasnah pon tak suka jugak couplecouple nie, so, mungkin ni adalah sebab kami masih single, hahahahhaah, aku senang bercerita dengan dia sebab kami mulut main lepas jer, memang tak ada insurans lah kot, tapi kami hati baik, hakikat dan realiti.

muncung bacirik kedua..

 NURUL AFIQAH, Islamic banking students

dia ni selaku roomate aku lah, mulut dia bising 24/7, suka cakapcakap tapi benda faedah lah, ehhh yeker.. member aku yang sorang ni memang akan setia dengar aku bercakap, aku dengan dia satu course, kami selalu study sesama, sejak dari asasi lagi, and kami selalu akan satu group dalam presentation and esaimen, cuma sem ni, subjek mesia economy, kitaorang pisah kejap, sobs sobs. member aku yang ni dah berpunya, so jangan mimpi lah nak usha, boyprengg dia kawan aku jugak lah, member aku yang ni selalu teman aku pergi manamana, tapi kadangkadang tak jugak, cuma yang pasti tiap malam dia teman aku pergi toilet, baik kan member aku, sangop korbankan masa tidur semata demi aku, padahal mesti dia caci maki aku, hahahahahhahah, btw, member aku yang ni suka bercerita, so, hidup tak akan bosan lah, sebab harihari bercakap, hurmmmm, selaku roomate aku jugak, dalam pemakaian aku dia akan cakap oke or tak oke, match or tak, kiranya macam perunding imej yang tak berbayar lah. member aku yang ni berniat nak sambung master ke Cairo or UIA, so, aku memohon jasa baik korang supaya mendoakan impian dia.

muncung bacirik ketiga..

 NURUL SABARIAH, Islamic banking students

aku lah kot, hahahahahahahhaah, tak payah cerita lebilebih sebab aku pantang kena puji, rasa nak kembang semangkuk jer, cukuplah tahu aku sayang sangat muncung bacirik ini,

muncung bacirik keempat..

FATIN HAZWANI, Accounting students
 
orangnya memang sopan, baik, beradab, selalu jugak aku merintik, merengis atas bahu beliau, sampai melecun habis lah, atin macam pika lah, dorang suka masakmasak and aku dan faz suka makanmakan, pernah sekali waktu asasi, kami berdua purapura tidur and atin, pika lah bertungkus lumus masak, bila atin ketuk pintu bilik, sambil buat muka tak bersalah, cakap ''sory, letih tadi, korang masak apa jer,'' bhahahahhahahah.. * sory atin sayangsss..

muncung bacirik kelima..

dia ni adalah yang teralim dalam geng kami, seorang yang berpurdah, cuma kami je lah yang masih setia dengan shawl, and tudung bawal, tapi iman tak menjanjikan kita untuk memilih dalam bersahabat, kak hawa ni tua setahun dari kami, tapi kami langsung tak pangil dia kakak, sebab rasa macam gap jer, lebih suka pangil hawa jer, and dia pon oke jer, part paling aku sweet bila akhir sem kami akan solat berjemaah, dia akan jadi imam. aku memang tak layak lah nak jadi iman, faz lagilah, spesies aku je tuh, cuma kami masih belajar sebab ilmu agama tak berapa nak cukup lagi, tapi yang pasti pika boleh jadi imam, sweet sangat bila teringat zaman dulu, rasanya nak senyum melebar 6789365756478392 inci jer, hahahaha

untuk gambar kak hawa, selaku muncung bacirik kelima, memang tak akan ada gambar lah selaku aku menghormati beliau, heee


itulah sahabat aku dari asasi sampai degree, yang lain ada lagi tapi start rapat waktu degree, so, untuk mereka pulak, next entry kot sebab jari aku dah kematu sambil tak tahan gelak teringat nostalgia zaman dulu kala. bagi aku, berkawan dengan dorang banyak mengajar aku, aku jadi lebih cekal, tuff, hahaha, dorang adalah sahabat kuis yang aku sayang, banyak rintangan dan halangan yang kami lalui, gaduh perkara biasa, tapi kami sayangkan persahabatan kami, terlalu sayang, mungkin tanpa dorang, aku tak tahan nak belaja jauh dari family,

secebis kenangan!!!!
  • selalu pergi kelas lambat, dalam kelas selalu kena banned sebab mulut tak behenti cakap, even lecturer tengah ajar kat depan, kami buat usrah kat belakang.
  • jalanjalan sambil ketuk pintu bilik orang pastu lari lari, heeee :)
  • kami selalu diassabiah oleh budak kelas, sobs sobs
  • study last minute..tapi study sesama, tolong sama tolong, besa aku ajar bab math lah sebab aku agak terer *tak nak puji tapi cam tuh lah, faz akan ajar bab membaca, dia akan bagi pointpoint, pika ajar bab islamic, memang dia super duper terer lah.kami samasama tolonglah!!!
  • masakmasak, kemas dapur, sweet nyer
  • kitaorang punya presentation or lakonan mesty gempakgempak, speaker orang lain guna satu, kami extra, guna dua, sebab dulu ada skandal dengan budak IT.

    *banyak lagi, tapi tak tahan nak taip dah, heee :))

    sengaja upload gambar waktu asasi, biar comot pon korang, aku pon comot jugak, sengaja nak ingat zaman asasi, yang selalu dianaktirikan

No comments:

Post a Comment