Monday 25 June 2012

sentap sentap sentap


Assalamualaikum.

*sila tengok cermin korang makin cantik dan hensem tak, sebab aku rasa aku makin hensem bila ada blog, maybe sebab korang sudi baca kot, kah kah kah


sentap sentap sentap, for sure aku rasa korang pasti pernah rasa sentap kan, most of all, perasaan sentap ni semua orang akan ada, sama ada sikit atau banyak, korang akan pernah sentap sentap jugak kan kan kan !!!!

sentap atau kata lain terasa hati. tak kesah lah dengan sesapa korang nak terasa. bukan kisah aku pon, bhahahahahaha *sambil gelakgelak setan yang penuh dengan nafsu

kalau korang nak sentap, apa motif korang sentapsentap bagai nie, aku pon pernah tersentap tahap nak mampuihh jugak lah, *ayat hiperbola


kawan aku pernah tersentap dengan member dia, maybe kawan dia just nak tegor tapi the way dia nak tegur tak kena, bukan setakat rasa sentap tapi rasa hilang respek, :))


* korang pernah tak terasa bila ada member korang cakap macam ni kat korang sambilsambil korang tengah belek tudung bawal yang memang terkenal dengan kejarangan tudungnya,pulak tuh cakap kuatkuat dengan situasi korang dihadapan dia.

katanya sebegini rupa:

" tak paham lah i kenapa tudung sekarang semua jarangjarang, nak pakai pon tak selesa, dah pakai inner neck pon rasa nampak jer leher"

bagi aku: aku mungkin akan terasa sebab aku pon pemakai tudung bawal, aku tak retis nak pakai tudung lain, rasa tak berbentuk muka aku, and for sure kita pakai somting tuh untuk keselesaan kita, sebab kalau tak selesa kita mesti rasa nak marah jer. kalau nak nasihat sangat lah boleh tapi ikut ways yang betul, jangan duk sound macam tuh, sebab kita manusia bukan nabi, boleh hilang respek kita terhadap dia. i guess lah.

mungkin niat si member nak tegor tapi tak kena, so, aku nasihatkan, nasihatlah elok elok, alhamdulilah, aku agak cair bila member yang nasihat tapi bila boyprenggg nak nasihat, kirim salam lah, gua tak layan lah beb sebab gua single mingle.



*sentap bila ex kita dating, berindu rinduan dengan kawan kita, sentap sangat kan, macam lah tak ada orang lain yang boleh jadi penganti, mungkin dengan member sendiri kita akan sentap, yelah, kau tikam aku dari belakang, selama ni aku cerita dengan ko, ko pergi jalan dengan ex aku pulak, *sambil makimaki.


bagi aku: aku sentap sangatsangat,aku tak boleh terima, cubalah korang tanya manamana manusia, siapa yang tak sentap.

so, nasihat kau kepada si ex:

" silalah cari orang lain sebagai penganti aku, jangan orang yang aku kenal, sebab aku masih sayang pada kau". ceewah ayat, macam ko pulak yang kena :)

nasihat aku kepada si kawan tersebut pulak:

" jagalah persahabatan ko dengan dia, jangan sebab lakilaki ko tinggalkan kawan ko yang selama ni bersama ko".

tapi, kalau dah itu jodoh diorang, korang kenalah terima dengan hati separuh terbuka even bukan semua nya terbuka, for sure, kalau diorang nak kahwin,

buat si ex dan pasangan:

"jangan cari pasal nak buatbuat jemput perempuan tuh, sentap pulak dia tuh".

tapi bagi aku, aku tak akan couple dengan laki yang pernah jadi boyprengg kepada ex aku, baik sungguh aku ni, sejuta dalam seribu kot, hek hek


*sentap sungguh rasanya bila kita suka kat orang tuh tapi orang tuh tak tahu nama kita, padahal kita dah cuba menonjolkan diri sendiri, hahahahaha, yelah, aku tahu aku bukan fasha sandha, ko plak macam artiss, kelab sana sini, aku kelab gossip girl semata sahaja. sobs sobs...^~^

tapi kalau aku sefamous fasha sandha mesti lah aku tak kenal ko, ko siapa aku siapa. aku artis dari london tapi makan budu, bhahahaha. *sentap tak???

*sentap kan kan kan bila kita text dia tapi dia sepatah haram tak balas mesej kita, padahal kita rasa dia tak buat pape pon, sedang bersahaja semata sambil hp ditangan, sentap tak, entah entah dia sibuk mesej dengan manusia lain, padahal kita sedang rerinduan dekat dia, sentap sungguh lah kan

bagi aku:

"depends pada situasi, mungkin dia busy and kena terima hakikat dia dah ada penganti diri kita, so, biarkan lah masa berlalu sebegitu sahaja".


selama mana kita berkawan perasaan sentap memang akan sentiasa ada, tapi kalau korang perasan bila kita terasa pasti kita akan luahkan kat dia, mungkin dia akan berubah, so, perasaan sentap sometimes akan bawak kebaikan, sebab manusia adalah tidak sempurna, mempunyai emosi yang pelbagai, so kita kenalah saling melengkapi, kalau terasa just open dengan dia, tapi kalau terasa benda yang kecik kecik, aku rasa tak payah lah kot, takut makin teruk, so, kena saling terima lah :)) .

tak semua manusia baik, sejauh mana dia baik pon, dia pasti akan buat jahat jugak,
orang jahat pon ada buat baik jugak, tapi kita jer tak nampak sebab luaran dia memang jahat, hanya Allah sahaja yang nampak. :))

impian aku: semoga semua orang sayang aku, keh keh keh

1 comment:

  1. Hai pandangan yang anda tahu ada mantra untuk memenangi cinta kembali dari bekas. Saya sudah melakukannya. Saya suka membaca tentang hubungan dan cara membuatnya berfungsi, bagaimana untuk memperbaiki hubungan, dan bagaimana untuk menjaga kehidupan percikan api, walaupun cara bercakap dengan mereka cara tertentu untuk membuat mereka berfikir cara yang berbeza tentang keadaan dan anda. Jika anda memerlukan nasihat atau mahu memenangi semula bekas anda, cubalah ini: augusmimi789@gmail.com salinan dan mesej yang berikut (augusmimi789@gmail.com) Ia akan mengubah mentaliti anda dan mendapatkan apa yang anda mahu.

    ReplyDelete