Monday, 2 July 2012

lets break with Kit Kat

Assalamualaikum beby !!!!

haha, sedang perut sedang penuh dengan makanan dan makanan dan makanan serta minuman hatta tidak sesedap makanan dirumah, alhamdulilah, kenyang jugak..

setelah berhempas pulas dengan quiz taxation yang membuatkan aku kekadang tengok kanan kiri depan belakang semata nak memastikan jawapan aku betul ker tidak *macam lah jawapan kawan aku betul sangat, tapi for sure, kawan kawan aku super duper pandai lah, hahaha, dah tak payah belajar dah, boleh kawin pon pon pon

okeh, setelah berpuasa blog selama beberapa hari, aku kembali nak merungakai bait bait cinta, kRik3

well, benda ni terjadi lah pada sahabat kepada kawan kepada saudara kepada mak jemah yang duk kat sungai buluh tuh, *tak payah pikir, korang tak kenal jugak

alkisahnya sebegini rupa lah:


si joyah ini telah berkasih kasihan dengan kekasih nya hampir 1 tahun, memang tengah falling in love sungguh lah, aku yang tengok pon rasa macam nak berkasihan jugak lah. tapi tidak lah. tapi tiba tiba si mamat kucai ini cakap nak break atau bahasa melayu putus. alasan yang diberikan adalah sebegini rupa:

mamat kucai: "joyah, i rasa i tak dapat nak teruskan relationship antara kita"

joyah: "how dare u mamat, how could u do this to me, dulu u cakap, lautan api sangup u renangi demi pertahan hubungan kita"

mamat kucai: "joyah, dulu i memang sayang dekat u, terlalu sayang dekat u, tapi apakan daya, mungkin ini bukanlah jodoh kita berdua, seandainya jodoh kita berdua, kita akan bersama kembali"

okeh, itulah situasi yang dapat aku jelaskan secara kabur kabur semata.

bagi aku, memang lah aku akan marah kalau tetiba tengah sayang kat seseorang then tetibe putus tanpa alasan yang kukuh, and aku sure korang pon maki hamun kan, tapi, sahabat kepada kawan kepada saudara kepada mak jemah yang duk kat sungai buluh tuh, steady nak mampus lah.

 kata dia: ku percaya ada cinta.


bagi aku jugak, aku steady jugak kalo putus dengan alasan sebegini rupa:

  • "honestly, i nak putuskan hubungan antara kita, sebab i dah bosan dengan u, i tak dapat go on relationship kita"


  • "i rasa mungkin setakat ini sahaja yang i mampu teruskan, lets break and be as a friend"

  • "i rasa u mampu dapatkan seseorang yang jauh lagi baik dari i, i doa u akan sentiasa bahagia, mungkin kita tak ditakdirkan bersama, kerana i yakin, akan ada insan lain yang lagi baik dari i untuk u"


  • "i nak putus dengan u, i tak tahan dengan sikap u yang queen control / kuat cemburu, i tak heaven bila couple dengan u"


  • " i tak dapat lupakan kekasih lama i, dia tetap berada di carta hati i sampai bila bila"


  • " i sayangkan u tapi i lebih sayangkan family i, dia tetap yang pertama, lahirnya i didunia dengan family i, tapi family i tak suka u, maafkan i,  i tetap sayangkan u"


haha, aku paling suka part yang last tuh, rasa macam sejuta dalam seribu nak cari. kah kah kah


well, aku pon pernah couple jugak, itu adalah alasan yang pernah aku guna bila aku dah fed up, tapi itukan cinta monye, so, tak salah lah, and for sure, aku rasa ex aku dah jumpa yang seribu kali baik dari aku, haha, aku pon kawan baik dengan dia punya awek, sebab bagi aku, aku dengan ex aku hanyalah cinta monyet semata, bukanlah cinta sejati.

aku suka bila putus guna alasan yang jelas, tak perlu berselindung, sebab bagi aku, bila aku berselindung aku akan rasa bersalah, yelah, tak fair lah macam tuh kan, aku bahagia tapi ex aku tak bahagia. sadiss sungguh aku rasa tahu. *boleh jadi PM dah kot, how much aku take care pasal rakyat


bagi aku: 

kalau korang nak putus sila lah bagi alasan yang kukuh, jangan semata nak tunjuk korang baik sangat lah, gua tak hadap okeh !!!

dan tak perlu lah kalo korang tergedik gedik nak putus dengan alasan sebegini, bagi aku, 

pergi mampus lah korang, damn it sungguh lah, HAHAHA * gelak setan

tak kesah pompuan atau lelaki


" i nak putus dengan u sebab i nak fokus belaja, i tak nak bercinta tapi pelajaran i hanyut"

bagi aku:

oke kalau memang korang memang serius nak putus sebab nak study, tapi tak perlu lah kalau kt fesbuk penuh pulak komen komen dengan perempuan lain, just fokus study kau dah lah, tak perlu lah nak mengayat perempuan lain,

bagi aku jugak, bila guna alasan sebegini rupa, macam memberi harapan kepada si mangsa, konpem lah si mangsa akan terus mengharap dengan si kekasih, yelah, dengan harapan lepas habis belaja terus si kekasih akan kembali kepada si mangsa. padahal si kekasih dah tawar hati dengan si mangsa, so, bagi aku silalah guna alasan yang kukuh lahi gitu dalam memutuskan hubungan.


"i nak putus dengan u sebab i nak jaga imam i, i rasa i dah terlalu banyak dosa, i nak berubah"

bagi aku:

secara sumpahnya aku agak macam tak leh bla lah jugak dengan alasan yang diberikan, mungkin itu adalah tokok tambah semata sahaja, tapi kalau betul, alhamdulilah lah, tapi tiba tiba aku terpikir lah jugak, kalau ko nak berubah and nak jaga imam, mestilah ko sayangkan dia lagi, kenapa tak ajak si mangsa turut berubah. melainkan kalau ko dah tak sayang kat dia kan kan kan !!!

so, fullstop lah dalam mengunakan alasan macam tuh, secara automatik akan tergeli geliman aku mendengarnya, alasan nak berubah and fokus belajar, dah lama ditelan dek zaman.


lawak tak!!!

Joyah: I nak break!!!

Mamat: *hulur kit kat*

Joyah: kenapa ni ???

Mamat: have a break, have a Kit Kat

Hahaha :D




Tuesday, 26 June 2012

perempuan vs ketidakstabilan emosi

 Assalamualaikum...

 
saya adalah perempuan, gadis,  wanita

hai, hi, hai, hi..

kali ni aku nak mengedik cakap pasal perempuan. perempuan yang sedang didatangi bulan, i guess u all tahu lah benda alah ni, sebab korang opkos lah pernah mengalami, *sambil muka blushing tahap nak mampuih..

bagi aku yang merupakan seorang gadis aka perempua aka girls aka wanita.

tiaptiap bulan kami akan mengalami emosi yang tak stabil, so, korang yang lakilaki haruslah memahami kehendak kami, tolonglah jaga perasaan kami tiap kali kami tengah mengalami emosi yang tidak stabil.

perempuan ni kalau dia sedanag mengalami emosi yang tak stabil opkos lah dia akan rasa nak marah, geram, menjeritjerit macam setan dirasuk, menangis. sebab emosi diorang tengah tak stabil. suka aku menjelaskan emosi kami tidak stabil. jadi untuk tidak menambahkan emosi kami yang tidak stabil, silalah anda semua memahami kami. *ibarat macam puteri gunung ledang pulak.

btw, aku ada seorang member dimana dia telah mengalami emosi yang tidak stabil sehinggakan boyfriend dia minta putus, heeyyy, tak hot lah nak putus setakat benda alah macam tuh beb !!!!, u tak tahu apa yang kami rasa,

* sambil makimaki dengan muka separuh ketat

aku akui lah jugak kadangkadang kami terlebih over, yelah bila dah ada boyfriend or suami, kadangkadang ada jer benda nak request, nak minta tapaukan makanan, nak coklat, bla bla bla, tapi bagilah kami chance, bukan selalu, sebulan sekali je pon, jangan lah berkira sangat abanggg :))

tapi, korang yang boys patut tahu lah jugak, patut memahami kami, kami bukan nak sangat, tapi itu membuktikan kesuburan kami, kalau kami mandul, korang jugak yang susah, almaklumlah kamilah yang akan menjaga zuriat anda, keturunan anda, kamilah yang akan memberi anda zuriat dengan izin Allah, so, fahamilah kami, jangan jadikan kami period sebagai alasan nak putus or cerai.

kalau korang nak tahu betapa sakitnya kami bila kami mengalami emosi, sometimes rasa nak letak batu atas perut, semata nak tahan sakit, sebab tak nak makan ubat panadol. sambilsambil tangan pegang perut ketatketat dari tulang rusuk kanan ke tulang rusuk kiri, * betapa ketatnya kan kan kan !!!!

korang patut tahu jugak, bila kami mengalami emosi, kadangkadang kami tak larat nak jalan, rasa kebas je 
kaki kami, *sobs sobs sobs

so, aku nak lah jugak mohon jasa anda encik lakilaki, fahamilah kami, kadangkadang kami memang over tuh tanda kami sayang kat anda, yelah cuba bayangkan kalau kami mengedik dengan yang lain, korang mesti tamapartampar, makimaki, sepaksepak, terajangterajang kami, *overrr sungguh lahh



hurmmm, just aku nak kongsi satu tips dari sugar mummy aku, bila kami adik beradik mengalami emosi yang tidak stabil, sugar mummy aku akan panaskan batu sungai tehn urut bahagian perut kami, macam bertungku lah, 

see, kami dah macam wanita dalam pantang, sebab sugar mummy aku memang menjaga habis lah kami sebagai anak dara. :))

Monday, 25 June 2012

sentap sentap sentap


Assalamualaikum.

*sila tengok cermin korang makin cantik dan hensem tak, sebab aku rasa aku makin hensem bila ada blog, maybe sebab korang sudi baca kot, kah kah kah


sentap sentap sentap, for sure aku rasa korang pasti pernah rasa sentap kan, most of all, perasaan sentap ni semua orang akan ada, sama ada sikit atau banyak, korang akan pernah sentap sentap jugak kan kan kan !!!!

sentap atau kata lain terasa hati. tak kesah lah dengan sesapa korang nak terasa. bukan kisah aku pon, bhahahahahaha *sambil gelakgelak setan yang penuh dengan nafsu

kalau korang nak sentap, apa motif korang sentapsentap bagai nie, aku pon pernah tersentap tahap nak mampuihh jugak lah, *ayat hiperbola


kawan aku pernah tersentap dengan member dia, maybe kawan dia just nak tegor tapi the way dia nak tegur tak kena, bukan setakat rasa sentap tapi rasa hilang respek, :))


* korang pernah tak terasa bila ada member korang cakap macam ni kat korang sambilsambil korang tengah belek tudung bawal yang memang terkenal dengan kejarangan tudungnya,pulak tuh cakap kuatkuat dengan situasi korang dihadapan dia.

katanya sebegini rupa:

" tak paham lah i kenapa tudung sekarang semua jarangjarang, nak pakai pon tak selesa, dah pakai inner neck pon rasa nampak jer leher"

bagi aku: aku mungkin akan terasa sebab aku pon pemakai tudung bawal, aku tak retis nak pakai tudung lain, rasa tak berbentuk muka aku, and for sure kita pakai somting tuh untuk keselesaan kita, sebab kalau tak selesa kita mesti rasa nak marah jer. kalau nak nasihat sangat lah boleh tapi ikut ways yang betul, jangan duk sound macam tuh, sebab kita manusia bukan nabi, boleh hilang respek kita terhadap dia. i guess lah.

mungkin niat si member nak tegor tapi tak kena, so, aku nasihatkan, nasihatlah elok elok, alhamdulilah, aku agak cair bila member yang nasihat tapi bila boyprenggg nak nasihat, kirim salam lah, gua tak layan lah beb sebab gua single mingle.



*sentap bila ex kita dating, berindu rinduan dengan kawan kita, sentap sangat kan, macam lah tak ada orang lain yang boleh jadi penganti, mungkin dengan member sendiri kita akan sentap, yelah, kau tikam aku dari belakang, selama ni aku cerita dengan ko, ko pergi jalan dengan ex aku pulak, *sambil makimaki.


bagi aku: aku sentap sangatsangat,aku tak boleh terima, cubalah korang tanya manamana manusia, siapa yang tak sentap.

so, nasihat kau kepada si ex:

" silalah cari orang lain sebagai penganti aku, jangan orang yang aku kenal, sebab aku masih sayang pada kau". ceewah ayat, macam ko pulak yang kena :)

nasihat aku kepada si kawan tersebut pulak:

" jagalah persahabatan ko dengan dia, jangan sebab lakilaki ko tinggalkan kawan ko yang selama ni bersama ko".

tapi, kalau dah itu jodoh diorang, korang kenalah terima dengan hati separuh terbuka even bukan semua nya terbuka, for sure, kalau diorang nak kahwin,

buat si ex dan pasangan:

"jangan cari pasal nak buatbuat jemput perempuan tuh, sentap pulak dia tuh".

tapi bagi aku, aku tak akan couple dengan laki yang pernah jadi boyprengg kepada ex aku, baik sungguh aku ni, sejuta dalam seribu kot, hek hek


*sentap sungguh rasanya bila kita suka kat orang tuh tapi orang tuh tak tahu nama kita, padahal kita dah cuba menonjolkan diri sendiri, hahahahaha, yelah, aku tahu aku bukan fasha sandha, ko plak macam artiss, kelab sana sini, aku kelab gossip girl semata sahaja. sobs sobs...^~^

tapi kalau aku sefamous fasha sandha mesti lah aku tak kenal ko, ko siapa aku siapa. aku artis dari london tapi makan budu, bhahahaha. *sentap tak???

*sentap kan kan kan bila kita text dia tapi dia sepatah haram tak balas mesej kita, padahal kita rasa dia tak buat pape pon, sedang bersahaja semata sambil hp ditangan, sentap tak, entah entah dia sibuk mesej dengan manusia lain, padahal kita sedang rerinduan dekat dia, sentap sungguh lah kan

bagi aku:

"depends pada situasi, mungkin dia busy and kena terima hakikat dia dah ada penganti diri kita, so, biarkan lah masa berlalu sebegitu sahaja".


selama mana kita berkawan perasaan sentap memang akan sentiasa ada, tapi kalau korang perasan bila kita terasa pasti kita akan luahkan kat dia, mungkin dia akan berubah, so, perasaan sentap sometimes akan bawak kebaikan, sebab manusia adalah tidak sempurna, mempunyai emosi yang pelbagai, so kita kenalah saling melengkapi, kalau terasa just open dengan dia, tapi kalau terasa benda yang kecik kecik, aku rasa tak payah lah kot, takut makin teruk, so, kena saling terima lah :)) .

tak semua manusia baik, sejauh mana dia baik pon, dia pasti akan buat jahat jugak,
orang jahat pon ada buat baik jugak, tapi kita jer tak nampak sebab luaran dia memang jahat, hanya Allah sahaja yang nampak. :))

impian aku: semoga semua orang sayang aku, keh keh keh

Sunday, 24 June 2012

weekend :))

Assalamualaikum...... 
tak jawab dosa masuk api neraka

Hari ni hari apa erkk??? , opsss hari Ahad, maka dengan sukacitanya berakhir lah masa untuk berehat bersenda ketawa bergelak ketawa bershopping ketawa, ohhh, kenapa harus ketawa, haruslah sebab enjoy sangatsangat dengan hujung minggu kan kan kan!!!

bagi aku yang bergelar mahasiswa, hujung minggu adalah hari yang aku tak suka, sebab aku tak dapat pergi kelas, tak dapat melawa, tak dapat jumpa skandal yang suamsuam kuku aku ingat nama dia, jadi aku sangat lah tak suka pada hujung minggu, * sila muntah hijau dengan sekerap yang mungkin, bhahahahahahaha

walaupun sedang beristirehat dengan hujung minggu, kerja sekolah Taxation belum ku sentuh, padahal esok nak kena diskuss, *alahh relax lah beb, kelas pukul 2 kan, ada masa lagi, hek hek

so, korang hujung minggu nie korang buat apa jer?????

hurmmmm, aku baru jer lepas shooping, ohsem sungguh,

 kat mana kat mana kat mana kat mana

kat Mid Valley lah, korang kenal tak, alah, kalau dari Bangi, amik ktm Bangi teros ke Mid Valley !!!!!

ekceli, baru jer balik, lepas solat, terus update entry baru, nak tidur takut nanti jadi gila, tak sempat nak kawin, ishhhkkk ishhhkkkk, kecian :(

hari ini aku kuar dengan kakak sepupu aku, ceewahhh, semua dia support, dari wayang sampai makanmakan, satu sen aku tak keluar, bapak kedekut kan aku..pulak tuh dia siap belanja aku handbag lagi, korang ada tak kakak sepupu macam nie *sedang riakriak tahap gaban

ohh sungguh ku bahagia , 

aku rasa hari ni aku hanya mengeluarkan wang sebanyak RM7.40 sahaja, wahahahahaha, keluar dengan boyprengg pon tak macam nie,

well, kitaorang just tengok wayang man in black, hoho, bestbest cerita nyer, tak ada unsur lucah, kissing kissing yang melampau !!!!! so, aku bagi 5 bintang per 5 bintang**********

so, untuk weekend ni aku sangat hepi, rasa nak weekend lagi, tak sabar nak jumpa encik weekend

*semalam sesaja buatbuat tambah pahala sebab sedar diri sendiri tak banyak pahala,hek hek
  so, semalam pergi masjid, solat jemaah, sambil dengar ustaz azhar bagi ceramah percuma

* hari nie heaven sungguh sebab pergi mid valley ada orang belanja, hek hek, hanya bermodalkan RM 7.40 sahaja. sila jangan jeles

* untuk weekend minggu depan, nak balik dungun lah, dah rasa rindu dekat sugar daddy dan sugar mummy.
pastu nak request sugar daddy masakkan lauk kegemaran, ekceli, sugar mummy i tak pandai sangat masak lauk kegemaran i .

* oke, masa untuk menyiapkan kerja sekolah taxation pulak,

bebai korang. lebiuuuuu <3

Saturday, 23 June 2012

korean drama: Rooftop Prince

 
 gambar ihsan pak cik google hensem

saranghae, sarangheyo, saranghae,sarangheyo, saranghae, sarangheyo


Assalamualaikum !!!!

hari ini aku agak gigih dalam menaip bait bait cinta yang tidak kesampaian, hua hua hua,

korang dah tengok belom drama rooftop prince, aku dah tengok, *sambil buat muka berlagak nak mampussss....

btw, aku baru jer habis tengok citer nie, COMEL sangat cerita nie, memang buat aku tergelak, suspen, melting, terkesima, dan lainlain yang seangkatan dengannya..

untuk suh aku review drama ni, memang berjeler jeler lah katanya, xkan lah aku nak cerita dari awal sampai akhir kan , tapi aku berani kerat jari anak patung barbie lah yang korang pasti akan tergelak bagai nak mampus tengok drama ni, bukan apa, awalawal aku dah tergelak bagai nak mampus.* ayat hiperbola semata


rooftop prince nie cerita nyer sebegini rupa:

crown prince yang dari 300 tahun sebelum nya telah selamat sampai pada tahun kita, kira 2012 lah kot, tujuan dia datang sebab nak selidik kes kematian crown princess. sesampai dia di abad 2012, tiba tiba dia terpaksa menyamar sebagai Yong Tae Yong, sebab real Yong Tae Yong telah ditolak dari boat oleh Yong Tae Moo, dorang ni kira sepupu lah kot.

Crown Prine datang ke tahun 2012 dengan 3 orang PA, nama dorang, Yoon Chul, Man Bo, Chi San.. tapi yang paling ohsemm haruslah Man Bo, hek hek ..

mereka sumer datang dari bumbung rumah Pak Ha, Pak Ha nie merupakan adik kepada Secretary Hong atau Hong Se Na. zaman 300 tahun dahulu, Hong Se Na ni adalah Crown Princess.

tapi tetiba Crown Prince ni telah jatuh cinta pada Pak Ha, kalau zaman 300 tahun sebelumnya, Pak Ha adalah Bu Yong. macam macam yang mereka lalui bersama kat atas bumbung tersebut, sampai satu masa Crown Prince dan yang lainlain telah balik ke Joseon, sobs sobs.

 
hahaha, tuh sajelah kot review pasal drama ni, nak lebih lebih silalah tengok sendiri, btw, drama ni drama yang baru dan agak hot lah, drama ni 20 episod sahaja, aku amik masa 2 hari tok habiskan drama ni, kira tak rugilah tengok cerita ni, tak ada part yang lembap, sebab cerita ni banyak buat aku suspen jugak, mungkin sebab aku overexcited kot, hahahahah

part kelakar bila:

* Crown Prine mulamula datang, dorang naik bus tanpa pakai kasut, pakai baju ikut warna lampu isyarat, hahahhahahahhahah, tahan gelak jer, 

 gambar ihsan pakcik google hensem

-hijau: Chi San
-merah: Crown Prince
-biru: Yoon Chul
 -kuning: Man Bo 

gambar ihsan pakcik google kacak
COMEL kan kan kan :))


part suspen bila:

* Yong Tae Moo dah jumpa real Yong Tae Yong, suspen jugak sebab terpikir apa yang akan terjadi pada fake Yong Tae Yong a.k.a Crown Prince.

*bila Yong Tae Yong dan Yong Tae Moo tengah gaduh, mereka bertumbuk. *dalam hati siapa yang menang padahal memang kebiasaannya hero yang akan menang, heeee

part melting bila: 

* fake Yong Tae Yong jaga, buat masakmasak dekat Pak Ha,* ingat senang nak cari laki macam tuh zaman sekarang, heeee :)


 gambar ihsan pakcik google kacak
depa duk beli couple ring, heee :))


dats all lah, aku berani kerat jari kaki patung barbie, u all akn suka dengan cerita nie, 

bebai :))    

Friday, 22 June 2012

rumah vs hostel

Assalamualaikum...
sila jawab kalau tak anda berdosa tau !!!!

sedang mulut tengah mengunyah kuih bangkit, jari jemari sedang rancak menaip tiap bingkisan ayatayat cinta, otak yang sedang ligat berpikir tentang idea yang sedang membuak buak untuk diupdate sebentar cuma sambil mendengar lagu nasyid, insaf dah aku nie,

entry kali ni aku nak membincangkan tentang rumah dan hostel

gambar ihsan pak cik google kacak



gambar ihsan pak cik google kacak

aku berani kerat jari patung barbie, yang korang memang suka duk kat rumah berbanding hostel kan, yelah duk rumah dekat dengn family, bagi aku yang memang ada penyakit kegedikan kegabanan kehomesickan yang tahap mengada ngada, memang rumah adalah pilihan aku, biarpon kadang kadang aku dimarah oleh sugar mummy aku, sugar daddy aku jarang marah aku taw..heeee :))

dalam hati *alangkah bagusnya kalau belakang KUIS ni dungun, hahahahaha,

aku suka duk rumah bila aku dapat request macam macam, nak makan, senang jer, petik jari jer, aku cakap kat sugar mummy aku, then sugar mummy aku akan buatkan, sebab aku tak pandai masak sangat, *jujur

alasan aku tak pandai masak: "aku nak masak samasama dengan laki masa depan aku, kira dia orang pertama yang akan rasa masakan aku", *sweet kan aku, sejuta dalam seribu kot, hahahahahaha

tapi bila duk hostel, suma benda nak kena pikir, nak beli barang dapur pon , cari yang paling murah, yelah, saving kan, hahaha, so, kalau barang barang dapur memnag kami menjelajah ke TESCO or GIANT lah, murahmurah..dapat save duit, lebihan duit boleh buat modal nak tengok wayang !!!!!

tapi part yang paling aku suka duk kat hostel bila aku nak tidur petang pon xda suara nak marahmarah, tapi kalu aku duk rumah, nak pegang bantal waktu petang pon, sugar mummy aku dah menjeling jeling, heee...

gambar ihsan pak cik google kacak

katanya, anak dara tak elok tidur petang, tak comel. tapi bila duk hostel, tiap kali balik kelas, katil lah port pertama yang aku cari, hahahahahha, enak nya tidur petang...

heaven jugak duk hostel bila nak bangon lambat pon boleh, tak macam duk rumah, lepas subuh aku teros buat keje rumah, tu pasal lah, ada jer makcik makcik yang tanpa segan silu bertandang kat rumah aku, nak masuk minang aku lah tuh, * over kejap.

.aku berani kerat jari kaki patung barbie, kalau aku berani bangon lambat tanpa alasan yang kukuh, sugar mummy aku akan berleter panjang, bukan sugar mummy jer, tapi sugar daddy aku pun,

kata mereka.: "tidurlah lepas subuh, rezeki susah ank masuk". sobs sobs.

tapi aku tak suka duk hostel bila aku rasa subuh aku ada jer yang over, subuh dinasour lah, tak heaven lah macam nie, alarm dah letak, tapi tak retis retis jugak nak bangon, padahal tiap malam dah baca doa tidur, siap hembushembus biar setan tak berani dekat, tapi ada jugak subuh dinasour, tapi bila duk rumah, sweet sangat, sebab subuh selalu on time, berani pulak nak lewatkan subuh, terok lah aku kena tibai dengan penyapu nanti...kadangkadang solat subuh jemaah, seronok sangat, kadangkadang jemaah kat masjid tak pon kat rumah, teringin nak balik !!!!

 gambar ihsan pak cik google

itu sahaja lah kot untuk hari ini, malas nak taip panjangpanjang, tak larat, hahahhahahahhahahah !!!* gelak setan plus pontianak.



ekceli , aku nak balik minggu depan, sebab kawan aku dah nak nikah, sweet kan nikah mudamuda, :))

 

so, buat kawan aku naja, insyaAllah aku akan balik untuk weeding korang, sambil mintak sejemput dua keberkatan korang, hahahaha. !!!!

Thursday, 21 June 2012

muncung bacirikkk

Assalamualaikum.....


untuk entry kali ni aku nak cakap pasal muncung bacirik, bukan kerana mulut yang muncung semata, tetapi kerana kepetahan dalam berkatakata disertakan dengan suara yang nyaringggg sangat, dah lama tak update sebab aku jenis lembap bab menulis tapi kalau cakap rajin jugak, hahahahhaha. :))


 kami bukan muncung disebabkan ini okeh, kami muncung sebab lain !!!

btw, muncung bacirik ni adalah gelaran kepada genggeng kami, opsss bukan geng upin dan ipin, we all dah besar taw, ekceli aku dah berkawan dengan muncung bacirik ni sejak asasi lagi, rasa hepi sangat kawan dengan mereka, sebab mereka gojes, hot stuff, vogue, gedik, getek, baik, pandai, dan kitaorang still berkawan macam dulu even sekarang dah tak sama course, tapi percayalah, ikatan persahabatan kami never end, rasa nak kawan sampai syurga :)

nama mucung bacirik ni muncul diatas sebab kami suka bercakap, bukan sebab kami tangkap gambar sambil buat muncungg taw. pehlisss lah, tak hot buat macam tuh, :P

oke, aku nak memperkenalkan spesies muncung bacirik ini:

muncung bacirik pertama...

  NOOR FAZLINA, Accounting students.

aku dan dia pernah sebilik waktu last asasi sem 3, kalau nak cakap gaduh tuh, rasa nyer harihari gaduh jugak, sebab berebut nak mandi even dalam bilik ada toilet, banyak gak sebab kami gaduh tapi tak pernah lama, dalam 5 saat kami dah berbaik, kami gaduh gaduh manja gituh, dia ni selalu tolong aku dalam pelajaran, orang nya pandai, cantik dan dia suka dengar masalah aku sampai sekarang, air mata meleleh, hingus meleleh dah biasa sangat lah, kami mungkin banyak persamaan, hurmmmm, maybe sebab mak kami jenis sama citarasa n peragai kot, macam mak aku tak suka aku couple, and mak cik hasnah pon tak suka jugak couplecouple nie, so, mungkin ni adalah sebab kami masih single, hahahahhaah, aku senang bercerita dengan dia sebab kami mulut main lepas jer, memang tak ada insurans lah kot, tapi kami hati baik, hakikat dan realiti.

muncung bacirik kedua..

 NURUL AFIQAH, Islamic banking students

dia ni selaku roomate aku lah, mulut dia bising 24/7, suka cakapcakap tapi benda faedah lah, ehhh yeker.. member aku yang sorang ni memang akan setia dengar aku bercakap, aku dengan dia satu course, kami selalu study sesama, sejak dari asasi lagi, and kami selalu akan satu group dalam presentation and esaimen, cuma sem ni, subjek mesia economy, kitaorang pisah kejap, sobs sobs. member aku yang ni dah berpunya, so jangan mimpi lah nak usha, boyprengg dia kawan aku jugak lah, member aku yang ni selalu teman aku pergi manamana, tapi kadangkadang tak jugak, cuma yang pasti tiap malam dia teman aku pergi toilet, baik kan member aku, sangop korbankan masa tidur semata demi aku, padahal mesti dia caci maki aku, hahahahahhahah, btw, member aku yang ni suka bercerita, so, hidup tak akan bosan lah, sebab harihari bercakap, hurmmmm, selaku roomate aku jugak, dalam pemakaian aku dia akan cakap oke or tak oke, match or tak, kiranya macam perunding imej yang tak berbayar lah. member aku yang ni berniat nak sambung master ke Cairo or UIA, so, aku memohon jasa baik korang supaya mendoakan impian dia.

muncung bacirik ketiga..

 NURUL SABARIAH, Islamic banking students

aku lah kot, hahahahahahahhaah, tak payah cerita lebilebih sebab aku pantang kena puji, rasa nak kembang semangkuk jer, cukuplah tahu aku sayang sangat muncung bacirik ini,

muncung bacirik keempat..

FATIN HAZWANI, Accounting students
 
orangnya memang sopan, baik, beradab, selalu jugak aku merintik, merengis atas bahu beliau, sampai melecun habis lah, atin macam pika lah, dorang suka masakmasak and aku dan faz suka makanmakan, pernah sekali waktu asasi, kami berdua purapura tidur and atin, pika lah bertungkus lumus masak, bila atin ketuk pintu bilik, sambil buat muka tak bersalah, cakap ''sory, letih tadi, korang masak apa jer,'' bhahahahhahahah.. * sory atin sayangsss..

muncung bacirik kelima..

dia ni adalah yang teralim dalam geng kami, seorang yang berpurdah, cuma kami je lah yang masih setia dengan shawl, and tudung bawal, tapi iman tak menjanjikan kita untuk memilih dalam bersahabat, kak hawa ni tua setahun dari kami, tapi kami langsung tak pangil dia kakak, sebab rasa macam gap jer, lebih suka pangil hawa jer, and dia pon oke jer, part paling aku sweet bila akhir sem kami akan solat berjemaah, dia akan jadi imam. aku memang tak layak lah nak jadi iman, faz lagilah, spesies aku je tuh, cuma kami masih belajar sebab ilmu agama tak berapa nak cukup lagi, tapi yang pasti pika boleh jadi imam, sweet sangat bila teringat zaman dulu, rasanya nak senyum melebar 6789365756478392 inci jer, hahahaha

untuk gambar kak hawa, selaku muncung bacirik kelima, memang tak akan ada gambar lah selaku aku menghormati beliau, heee


itulah sahabat aku dari asasi sampai degree, yang lain ada lagi tapi start rapat waktu degree, so, untuk mereka pulak, next entry kot sebab jari aku dah kematu sambil tak tahan gelak teringat nostalgia zaman dulu kala. bagi aku, berkawan dengan dorang banyak mengajar aku, aku jadi lebih cekal, tuff, hahaha, dorang adalah sahabat kuis yang aku sayang, banyak rintangan dan halangan yang kami lalui, gaduh perkara biasa, tapi kami sayangkan persahabatan kami, terlalu sayang, mungkin tanpa dorang, aku tak tahan nak belaja jauh dari family,

secebis kenangan!!!!
  • selalu pergi kelas lambat, dalam kelas selalu kena banned sebab mulut tak behenti cakap, even lecturer tengah ajar kat depan, kami buat usrah kat belakang.
  • jalanjalan sambil ketuk pintu bilik orang pastu lari lari, heeee :)
  • kami selalu diassabiah oleh budak kelas, sobs sobs
  • study last minute..tapi study sesama, tolong sama tolong, besa aku ajar bab math lah sebab aku agak terer *tak nak puji tapi cam tuh lah, faz akan ajar bab membaca, dia akan bagi pointpoint, pika ajar bab islamic, memang dia super duper terer lah.kami samasama tolonglah!!!
  • masakmasak, kemas dapur, sweet nyer
  • kitaorang punya presentation or lakonan mesty gempakgempak, speaker orang lain guna satu, kami extra, guna dua, sebab dulu ada skandal dengan budak IT.

    *banyak lagi, tapi tak tahan nak taip dah, heee :))

    sengaja upload gambar waktu asasi, biar comot pon korang, aku pon comot jugak, sengaja nak ingat zaman asasi, yang selalu dianaktirikan